Astagfirullahal'azim.....
Apalah nak jadi.... hari² ada kes buang bayi, bunuh bayi.... sedih betullah.... Hari ni kat Metro, ada kes kat Seremban... sanggup tinggalkan bayi tu atas bonet kereta... kalau tergolek ke bawah ker... ke makan kat anjing ker... tak ker tersiksa bayi tuh....
Semalam aku baru jer bgtau.. kalau tak nak bagi lah aku... susah² meh aku bgtau... Aku mmg sedang mencari seorang anak angkat... kalau boleh dari family yang susah... anak ramai or tak mampu nak menyara keluarga...kalau boleh aku nak bayi perempuan.. kalau sesaper tau leh contact/sms aku... 0193301880.. kalau setakat nak memain tak payah... aku serius... daripada buang² jer tak tentu hala.. bagilah aku jaga... Insyaallah aku akan jaga seperti anak aku sendiri.... dan yg penting hubungan kekeluargaan mmg aku takkan putuskan...
Sumber Gambar & Artikel : Harian Metro 27 Jan 2011
LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi yang ditinggalkan di parkir HTJS, semalam. |
SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.
“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.
“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.
“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran.
Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan turut melawat bayi malang itu di HTJS.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan bayi berkenaan.
“Ketika ditemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di HJTS untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

No comments:
Post a Comment