Thursday, October 6, 2011

Edisi Melayan Gambar Kenangan..

Edisi Melayan Gambar Kenangan.. Rasa macam nak gi bercuti jerk... lepak² kat hotel.. mandi kat swimming pool..  ermmmmm....










***Gambar kenangan di Royale Bintang, Seremban***

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, September 28, 2011

Close FB account

Sorry to say... Kepada kengkawan FB yg nak contact saya, tinggalkan message kat blog ni jer k... TQ

Saturday, September 17, 2011

Penat, letih& gembira...

Alhamdulillah... Selesai sudah majlis rumah terbuka ku semalam.. Tq kepada semua jemputan yg sudi hadir...

Ada juga kek besday suprise dari suami tercinta... Hihi.. Dah bertahun2 tak merasa tiup lilin besday... Gembira sangat... Tq sayang..

Monday, September 12, 2011

Lepak@ home

Sejak dari cuti raya baru berapa kali jer masuk opis... Ariq pun dah tak gi sekolah... Tahun depan baru sekolah... Skg asyik tgk tv jer keje nyer....

Mami pulak dok melayan sakit kepala.. Pas tu asyik nak tertido jer.. Aper pun tak boleh... Hukhuk.. Berat badan pun da naik mendadak2...

Minggu ni kene minum air gula... Hope sumer ok.. Just check.. Sbb keturunan ada kencing manis...

Last week gi check up pregnancy.. Alhamdulillah baby sihat... Bukan main aktif lagi dia... Semoga baby n mami sihat....

Wednesday, August 24, 2011

Baju Melayu Anak Bujang Mami

Sebelum ni status di FB, menyuarakan rasa tidak puas hati tentang UPAH baju melayu Ariq Danish yg berharga Rm70 untuk sepasang.... walau macamana pun memang tak boleh nak salah kan orang lain.. sebab aku yg malas nak gi tempah... sebab asal nyer memang nak beli baju siap jerk.. tapi daddy nak jugak tempah... 

So, daddy bagi contoh baju daddy n baju ariq.. n pesan suruh buat baju melayu teluk belanga... oklah... kalau dah upah jahit mahal dah tentulah kita espect baju tu perfect dari segala segi... Semalam masa pergi ambik baju tu, tengok baju Ariq dia tak buat teluk belanga..... terbakar biji mata aku memandangnyer.. tapi memandang kat umah orang terpaksa lah cover sket.... daddy dia pun kata, takperlah.. dah siap jahit pun.... sabar jer lah....

Pastu daddy try sarung baju dia pulak.... ambik kauuuu.. macam baju pinjam.. memandai jerk tukang jahit tu panjangkan tangan baju tu n labuh sket dari baju contoh... adoooooiiiiiiiiiiiiiiiii.. geloboss jerk tengok laki aku pakai.... kalau ikut panas hati ni mau jugak aku humban kan baju tu kat lombong, tapi aper bo0leh buat....... daddy pun terpaksalah buat² kata ok baju tu.. sebab dia yang memandai² gi tempah... aku dah cakap suruh beli siap jerk degill.... dah lah mood nak raya aku ni kelaut... sekali tengok lak baju ni, bertambah ke laut lah di buatnyer.....

Total bayar upah baju tu semalam RM260.00.. utk baju Ariq 2 pasang, n 2 helai baju daddy.......

Pesanan aku utk tukang jahit sekalian  : 
Jangan nak ambil keuntungan semata²... fikirkan quality.... sekali ni jer lah aku tempah kat ko....

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, August 23, 2011

pregnancy ---> 8 minggu

Alhamdulillah..
Berita gembira yang telah diterima seminggu sebelum bermulanya puasa telah membuat hatiku berbunga².. tiada kata² yang dapat menggambarkan kegembiraan di hati ini.... bermula lah journey sebagai seorang ibu mengandung... 

Usia kandungan sudah 2 bulan.. teruja sangat nak pergi buat kad kat klinik kesihatan.. semalam dah kol klinik untuk buat appointment... nampaknyer macam tak sempat nak buat sebelum raya nih... maybe after raya baru leh buat... harap² dapat lalui 38 minggu yang akan mendatang ni dengan tenang..

Sekarang masih membiasakan diri dengan perubahan hormon... dapatlah merasa macamana mak mengandungkan kita dulu... banyak perkara baru yang perlu belajar... harap² morning sickness ni sekejap jer... 

Jom tengok macamana keadaan fetus di usia 8 minggu nih...
Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata. 

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. 

INFO ASAL KLIK SINI!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, August 22, 2011

Morning All

Assalamualaikum w.b.t.....
selamat pagi semua.... tak tahu nak citer aper pagi nih... layan blog geng² diet.. teruja sangat... ramailah yg dapat pakai kebaya raya nih.. hihihi.... seronok tengok korang semua... bersemangat dan terus bersemangat... chaiyok!!! chaiyok!!!


Macamana dengan persiapan raya.... bagi me settle baju anak n daddy dah ok.. kondisi sekarang sangatlah tidak bersemangat untuk raya... kuih raya order dari kakak n kengkawan jerk... rumah pun langsung tak berkemas lagi nih... huhu... semalam pergi jusco nak ingat shopping baju... at last sehelai pun tak dapat nak beli... daddy sempat jugak merembat 2 3 helai jeans n t-shirt...

Erksss... kasut, selipar, songkok n sampin Ariq pun tak beli lagi.. nak guna tahun lepas punyer macam dah sempit... ntah nak carik kat manalah pulak nih... memacam hal nak raya nih... mood sentiasa ke lauttt dalam... tak sampai hati lak nak tengok anak raya tak sempurna mcm yang lain.... akan ku gagah kan jua.. walaupun tak berdaya...

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, August 15, 2011

No more lose weight....... until next year

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Lama nyer blog ni menyepi.. CYC habis blog pun tak update... maleh sungguh.... hhuuhu..
Ada cerita baru nak citer.... Alhamdulillah... target untuk turunkan berat masa join CYC tu tercapai.. walaupun turun  sket tapi alhamdulillah berkat.... Bukannyer apa... apa yang saya tunggu selama 5 1/2 tahun mendirikan rumah tangga termakbul....


Terima kasih Ya Allah kerana memberi hamba mu ini peluang untuk mengandung.... bersyukur tak terkata.... Alhamdulillah juga, mungkin berkat mulut anakku Ariq Danish yg beriya² nak adik sejak sebulan yg lalu.... Insyaallah, mummy tak akan membeza² kasih sayang mummy terhadap anak².. walaupun mummy bukan ibu kandung Ariq, tapi mummy tetap sayang Ariq sepenuh hati mummy... selagi ada nyawa di kandung badan, mummy & daddy tak kan sia²kan hidup anak² mummy.... Mummy sayang Ariq sangat²... penyeri hidup yang tak ternilai harga nya...


Kandungan telah pun mencecah usia 2 bulan... Alhamdulillah.. semoga baby dlm kandungan ni sihat.... mohon juga iringan doa dari kawan² semoga saya dan baby selamat sehingga sampai waktunya....... InsyaAllah


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Friday, June 24, 2011

N3 tak der tajuk

Mari cepat. . . . Mari rapattt. . .
Pembukaan jualan cadar quilt single utk anak2 tersayang. .

Harga biasa rm150.00

Harga sempena pembukaan hanya rm130.00 sahaja. . .

Jgn lepaskan peluang anda. . . Harga valid sehingga diberitahu kelak. . .

Banyak lagi design yg anda boleh pilih di album FB saya. . Jgn lupa add yanna lenna ismail @ yannalayola@yahoo.com

Selamat mencuci mata. . .
Published with Blogger-droid v1.7.2

Berat OHH Berat!!!

Berat sekarang ni dah tak mau turun lagi ker??? ulang alik 86~87kg...  aiyooo.... terbakar jiwa raga bila tgk geng² yg join diet 50 hari tu.. berat turun menjunam-junam... sangat dahsyat... amatlah membakar jiwa ini....

Tapi lately me selalu naik anginnn.. maka nyer berpinggan-pinggan lah nasi yang masuk kedalam perut geleber aku nih......... tensennnnn....

Nak start balik diet... tp cam tak berupaya..... amarah sentiasa menguasai diri ini... ergghhhh....Wahai hati.. sejuk lah engkau dengan basahan air wudhuk ku..... aminnnn





With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, June 20, 2011

Tq darling. . belikan rak ni. .

Sempena hari bapa ni, en Drling tersayang amat bermurah hati. . . Dapatlah me merasa rak ni. Kalo tak Tempt ni bersepah dengan barang2 keje daddy. . .

Tak tahu nak letak apa kat rak ni. . Macam nak letak frame gambar n pasu kot. . Tp tak tahu lagi. . Tengoklah nnt. .still in progress. . .

Almari tu pulak dah lama me beli, Tp baru hari ni kemas n letak kat situ. . Oklah kot ehh. . Tak nmpk crowded sangat. . Dalamnyer still kosong lagi. . Tak tahu nk letak apa coz compartment nyer kecik2 sangat. . .

Huhuhu. . . Lena lah tido mlm nih. . .

Daaaaaa. . . Selamat malam semua. . Nk rasmikan tilam size king mlm ni. . . Huhu

Published with Blogger-droid v1.7.1

Wednesday, June 15, 2011

Mari mencuci

Dah lama Rasa tak gi basuh cik kelisa ni. . Kesian dia. . Badan pun da naik bekurap. . Bau pun da tak berapa menyenangkan. . Masheeeeeemmmmm. . .

Selamat bermandi2 an lah yer darling. . Nnt I cari perfume baru utk u k. . .

Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, June 14, 2011

lapar wooooo

Argggghhh. . .
Lapar plak rasa perut ni. . Pagi tadi makan oat. . . Tgh tak gi makan. . Ptg mkn oat + milo. . . Taping masih lapar lagi nih. . .

Hubby lak kol tadi cakap balik lambat. . Kunci umah kat dia. . Kete pun tak. . Duit lak tinggal singgit. . . Huhuhu. .

Sayang jgn balik lambat sangat ehhh. . Lapar woooo. . Dapat mangga pun sedap gak nih. . . Tolong!!!!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, June 13, 2011

Diet Oh Diet!!!

CYC dah habis kan... dlm waktu freeze ni... nak mendiet jugak... takut berat naik balik.... harap² masih dapat jaga makan n minum.. n masih amalkan makanan yg sihat....

Seronok tengok kengkawan yg join contest diet ZEL... good luck korang semua... semoga success okey..... semoga kita terus tetap 1 HARAPAN 1 TUJUAN.!! chaiyok!! chaiyok!!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, June 7, 2011

habis CYC

Hari ni baru sempat nak ambil gambar. , ini lah saya. . huhuhu. . tak nmpk bnyk perubahan. . tak per lah kan. . janji berat dah turun sket. .

masa start CYC = 95.0kg
last CYC = 86.6kg
turun 8.4kg dlm masa 3bulan. .
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, May 31, 2011

Target

 TODAY IS THE DAY!!!!!!
~ FINAL CYC ~


 NEXT TARGET NAK TURUNKAN LEBIH BANYAK BERAT... SEBAB SKG MASIH LAGI "CLINICALLY OBESE"... MAKNA NYER RISIKO NAK DAPAT PELBAGAI PENYAKIT ADALAH TINGGI... 

 PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI : KENA PANDAI² JAGA MAKAN MINUM, TINGKATKAN USAHA... UNTUK LEBIH SIHAT!! CHAIYOK!!! CHAIYOK!!




With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC ~ Finale 31/05/2011

Hari ni merupakan hari terakhir diet contest "CYC".. alhamdulillah kerana saya dapat bersama² kawan lain hingga ke hari ini... So macam biasa setiap pagi selasa naik penimbang... berat pagi ni 86.6kg... turun 200g dari 2 minggu lepas...

Jumlah Penurunan dari 01/3/2011 ~ 31/05/2011 adalah 8.4kg ....

86.6kg



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, May 30, 2011

Muhammad Waiz Thaqif

balik kg last week best sgt. . . dapat main ngan baby bucuk waiz. . anak sedara paling kecik skali dlm family. . kalau dulu ariq yg paling kecik, tp sekarang si comel loteh yg pegang title tu. . .

semoga bertambah ramai anak sedara dlm family En Ismail & Puan Hamidah. . . .

Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, May 25, 2011

Layan gambar Hero

Momy luv u dear

Senyuman yang meredakan hati

My heart.. luv u forever n ever

StyLo

Semoga menjadi seorang anak yang soleh, hormat orang tua.. bahagia dunia dan akhirat.. Aminnn
With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, May 18, 2011

CYC ~ Update berat minggu 11


Update berat lagi.. untuk minggu ke-11... Alhamdulillah.. berat turun lagik..tapi sejemput jerk... huhu.. kena kuat usaha nih... chaiyok!! chaiyok!!!


Berat setakat hari selasa 17 May 2011 86.8kg..



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, May 16, 2011

BMI

 CYC hanya tinggal 2 minggu jerk lagi... BMI still tak berubah.. adehhhhh...






With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Thursday, May 12, 2011

Tuesday, May 10, 2011

CYC ~ Timbang berat minggu-10


Ehem²... pagi ni semangat nak update timbang berat.. huhu... berat minggu ni 87.7kg.... turun 1.7kg dari minggu lepas... chaiyok!!!chaiyok!!! 3 minggu jerk lagi CYC nak tamat... target nak capai 80kg tak tahu leh capai ker tak... yg penting takmo stress.... 

Pada geng CYC.. jom teruskan perjuangan kite.. go... girls




 ******** gambar tak dpt nak upload lagik... hrp ptg ni leh upload *********

Today  :  16/05/2011 (tunaikan hutang gambar yg tertunggak)

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC ~ Timbang berat minggu ke-9

Timbang berat minggu ke-9 89.4kg....
Gambar tepek kemudian ehh.. technical problem... takleh nak transfer... nnt i update

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Thursday, April 28, 2011

Dimana ukurannyer MISKIN atau KAYA seseorang itu????

Errmm... macamana kita nak tentukan seseorang itu MISKIN atau KAYA... Aku sendiri tak faham... kenapa orang sekeliling aku "label"kan aku ni sedemikian rupa... bukan aku tak bersyukur atas kurniaan Tuhan... tapi tertekan dengan sikap orang sekeliling... terlalu mudah melabelkan seseorang itu.

Sehingga hidup ni rasa tak selesa... semua orang mudah menuding jari kat atas diri ini.. Aku selalu terfikir macamana orang lain menilai diri ini... tak nampakkah korang semua mcmana kehidupan aku.... sentiasa di bebani hutang... orang selalu cakap ko bisness mestilah kaya... huh!!! kalau aku kaya aku tak payah keje, baik aku duduk rumah goyang kaki.. pakai orang gaji..tak payah aku nak terkejar² setiap kali balik keje.. nak ambil anak.. nak masak...lagi 1 tak payah aku nak meminjam duit orang sana sini...

Mentang² aku kerja sendiri, semua boleh ambik mudah... aaahhhh tak per ko keje sendiri.. tak payah apply cuti,, boleh keluar biler² masa... banyaklahhhh korang.... Sebab aku kerja sendiri lah aku kena kerja keras.. tak de keje tak de gaji paham!!!! saper nak bagi kami sekeluarga makan...

Ada satu yang aku betul² nak diaorg tahu... aku ni cuma menumpang rezeki suami... aku tak der apa².. aku tak pernah anggap yang aku boss kat sini...aku pun cuma makan gaji... gaji akupun setakat cukup bayar hutang & bagi mak, ada lebih sikit² pun tak dpt nak simpan... kalau nak belanja lain terpaksa minta duit laki.. kadang² naik segan dibuatnyer... nak beli sepender pun minta duit laki.. bayangkan kalau aku di buang suami.. apa yg aku ada??

KAYA ker tu???????

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC Group ~ Jom Join Group di Facebook

Selamat Pagi Semua..
Pagi ni masuk office awal.. so sempatlah nak update blog ni.. hehhe... 

Me nak ajak member² CYC untuk join Group CYC kat Facebook... kat sana kita boleh bincang or borak berkenaan diet nih... kalau ada yang tertekan ker.. semangat dah kelaut ker... boleh lah member² yg lain bantu...
Boleh search Contest Diet CYC or kalau tak jumpa boleh add Me yannalayola@yahoo.com

Me akan invite masuk dalam group.... Tq

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, April 26, 2011

CYC ~ Timbang berat minggu ke-8

Hari ni genap 2 bulan CYC... pagi ni nyer berat adalah 89.0Kg... makna nyer dalam masa 2 bulan ni dapatlah turunkan 6kg... hadoiiii.... kena kerja keras lagi ni.... chaiyok!!! chaiyok!!!!!.. semoga semangat terus berkobar... jgn kelaut lagi sudah....... Alhamdulillah.. minggu ni dapat turunkan 1.3kg.... Aminn..





With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, April 20, 2011

CYC ~ Timbang berat mingu ke-7

Salam Semua... timbang berat saya minggu ke-7 ni naik 500g lagi...adoooiiii.. biler mau turun balik tak tahu lah...

As at 19 April 2011

 2 3 minggu lepas mood diet agak kelaut dalam ......... susah mau carik balik... Insyaallah minggu ni semoga saya lebih tabah dan kuat semangat.... Aminnn.. Chaiyok!!!chaiyok!!!!!!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, April 11, 2011

Timbangan berat ke-5

Sangat² lembap nak update blog... ehhehee.. sorry geng... last update berat hari selasa lepas 05/04/2011... Alhamdulillah.. ada penurunan gak.. walaupun minggu "banyak makan"... berat pada 05/04/2011 ialah 89.6kg....

Gambar tak dapat nak upload lagik nih.. coz card reader dah merayap ntah kemana.... kalau dah jumpa nanti InsyaAllah.. ME akan upload...


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, March 29, 2011

CYC - Timbangan Berat Minggu ke-4

 Alhamdulillah.. minggu ke-4 ni ME turun 1.1kg... walaupun ada kantoi makan nasi... harap² next week nyer timbangan boleh pecahkan angka 9 tu... nak sangat angka 8 pulak... maklumlah dah 3 tahun berat 90++ jerk... semoga ada sinar baru di bulan april.. eekkee.. Amin..InsyaAllah...

90.4kg as at 29/03/2011
 


 SUMMARY FOR MARCH 2011

March 2011
01/03/11 ~ 95.0kg start CYC
08/03/11 ~ 93.2kg -1.8kg
15/03/11 ~ 93.5kg +0.3kg
22/03/11 ~ 91.5kg -2.0kg
29/03/11 ~ 90.4kg -1.1kg

Total Lost for March 2011 = 4.6kg

CYC chaiyok!!!!!chaiyok!!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Menu diet minggu ke-4

Untuk menu diet minggu ke-4 (23/03/11 - 29/03/11)


~ Untuk minggu ke-4 ni, ada kantoi makan nasi and nasi impit.. paling syok siap makan buah mangga n durian.. semua yang menggemokkan... sebab balik kampung.. hari lain masih mcm biasa... ayam / ikan + sayur.. tapi ME tak pernah had kan sehari makan berapa banyak ikan or sayur.. selagi nak makan ME makan..  pastu hari jumaat pun tak gi exercise.. jadi minggu ke4 ni sekali jer dapat gi kelas aerobic  (1 1/2 jam/sessi).... jadi hasilnyer berat turun 1.1kg...

Semoga usaha diteruskan untuk minggu² seterusnya... jom kawan².. chaiyok!!!!!chaiyok!!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, March 23, 2011

CYC - Menu utk minggu ke2 & 3

Lama giler tak mengupdate pasal menu nih... ermmm...

Untuk menu diet minggu ke-2 (08/03/11 - 15/03/11)
 ~ ME hari² makan bihun sup / bihun tom yam.. tengahari mcm biasa mkn ikan@ayam n sayur.. pas tu siap ada tambah Domino pizzalah, kenny rongers lah... sebab minggu ni target tak mo makan nasi jerk.. tapi lain² jenis karbo semua telan, exercise cam biasa..aerobic 2x seminggu (1 1/2 jam/sessi), pada mulanyer mmg nak ambik 4x seminggu.. tapi tak boleh... membahayakan (doktor yg kata) sebab berat bdn cam ME ni tak leh nak heavy sangat.. takut kecedaraan kat lutut or sendi.... jadi hasilnyer berat naik 0.3kg@300grms.... 

Untuk menu diet minggu ke-3 (16/03/11-22/03/11)
~ Minggu ni ME langsung takde makan sebarang jenis mee... makan tengahari n malam mcm biasa mkn ikan@ayam n sayur.. tapi ada makan nasi goreng 1/2 bowl.. **hhaaa.. tak tahan godaan*** memang makan lauk jerk.. tak kisah lauk aper... huhuu.... exercise cam biasa..aerobic 2x seminggu (1 1/2 jam/sessi).... jadi hasilnyer berat turun 2kg...

Semoga usaha diteruskan untuk minggu² seterusnya... jom kawan².. chaiyok!!!!!chaiyok!!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, March 22, 2011

CYC - timbang berat 3rd weeks

Pagi tadi timbang berat... yeaayyy.... ada penurunan .... last week 93.5kg... so lost 2kg...


91.5kg on 22/03/2011
Alhamdulillah...... try get better for next weeks.....


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Apo Dah Jadi

Apa dah jadi dengan blog ME nih... sejak internet problem ni, malas untuk update semakin berleluasa... huhu..

Jap lagi naktimbang berat untuk minggu ketiga CYC... last week berat ME naik 0.3kg.. hhahaa....***kata jerdiet.. tapi berat naik.. camner tuh....****

Pada geng CYC...chaiyok!!!!! chaiyok!!!!


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, March 9, 2011

Jus Buah-buahan Berkhasiat

Mempertingkat dan membersihkan sistem badan.

Mengelakkan penyakit kanser, mengurangkan kandungan kolesterol dan mengurangkan sakit mulas dan sakit kepala.


Meremajakan kulit dan menyingkirkan bau nafas busuk.




















































CYC - day 8

Pagi 
~ jus epal hijau - 1 cup
 
Tengahari
~ rx-lite + oat - 1 cup
~ bihun sup - 1 bowl
~ Limau Panas - 1 cup

Petang
~ Pau Daging - 2 biji

Malam
~ kuih keria - 5 biji
Exercise
~ Aerobic & Line Dance - 1 1/2jam

Air Kosong
~ 2.5 liter



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Khasiat Epal hijau






Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.

Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!
 
 
Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren dan karot.




With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, March 8, 2011

CYC REPORT - 1 ST WEEK

Semalam 7/3/2011 genap seminggu CYC... so hari ni kena update berat..start CYC 95kg
pagi tadi naik scale 93.2KG.. turun 1.8kg minggu nih...Alhamdulillah....... chaiyok!!! chaiyok!!! harap minggu depan dapat turunkan lagi...
  
Timbang pagi nih.. 93.2kg


kat bawah ni ada report kiraan kalori untuk minggu lepas mungkin ada kiraan yang tak tepat.. sebab 1st time guna...pastu ada jugak macam sambal belacan n ulam yg ME tak masukkan.. sebab ME tak tahu nak agak² berapa kalori nyer...


DAY 1


DAY 2
DAY 3

DAY 4

DAY 5

DAY 6


DAY 7

Doakan saya dapat turunkan berat badan nih... lemak tepu sila lah keluar dari badan ni....


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC - day 7

Pagi 
~ London Express Coffee - 1 cup
Tengahari
~ domino pizza - 3 slice


Petang
~ Ayam goreng kicap - 2 ketul
~ roti putih - 1 keping
~ sup kobis - 1/2 mangkuk
~ sambal belacan + mangga

Malam
~ otak-otak - 2 keping
~ teh O panas - 1 cawan...

Exercise
~ TAK ADO!!!

Air Kosong
~ 2 liter
****************************************************

 EEeeeeee.... start dari pagi minum LEC tuh, adeehhh.. haus memanjang... sabar jer lah.. ntah baper kali berulang alik ke toilet... memandang kan tak der exercise.. balik jer keje terus capai penyapu.. kemas rumah sampai serpeluh menitis ker lantai.. hhhaaa... duduk dalam rumah tak buka kipas.. haaaaa.. hambik ko... berpeluh tak hengat... pastu lipat kain.... 

Ingatkan dah malas nak makan apa²... hubby lak ajak gi makan... ***huuuhu.. tak kan nak pandang jerk kan.. harus lah Me makan otak².... hancur diet !!! 


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC - day 6

Pagi 
~ Roti canai - 1 keping
 
Tengahari
~ayam kampung - 1/4 bird
~ ulam salom + sambal belacan
~ tauge goreng - 1 piring
~ Teh O Panas - 1 cawan

Petang
~ cup cake + coklat - 2 pcs
~ macaroni - 1 mangkuk

Malam
~ skip

Exercise
~ jalan laju padang kat city park Seremban 2 - 1 1/2 padang
~ main² ngan bola ~ 2 jam

Air Kosong
~ 1.5 liter
 
 
****************************************************



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC - day 5

Pagi 
~ kuih keria - 1 biji
~ ayam sup - 1 ketul kecik
 
Tengahari
~ ayam sup - 2 ketul
~ tahu goreng + sambal kicap - 3 biji
~ maggie goreng - 1 pinggan
~ Teh O Panas - 1 cawan


Petang
~ kip

Malam
~ skip

Exercise
~ berjalan² dlm KK Home..4 jam...

Air Kosong
~ 1.5 liter
 
 
****************************************************

 huhuhu... seronok giler pergi Member Day kat KK HOME wangsa maju... banyak jugak barang yang ada sales... ME sempat jugak merembat beberapa barang.. kopak jugaklah seratus lebih... lepas habis berjalan bagai nak gila dlm KK HOME dari pukul 11.00pg - 3.00ptg.. ambik ko... tak sudah² membelek barang...

Lepas tu, sebelum balik hubby ajak g makan kat Pelita.. dekat ngan KLCC.. perghhhh... mahal nak mamposs.. hubby makan nasi putih + ayam goreng + kari kambing + 2 ekor udang.. tau baper henggit ???? huh!!!! RM26.00....... terkejut babun ME tengok.. udang seekor 8 henggit... adehhh... 

Lepas makan terus kitaorg cabut balik umah....



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC - day 4

Pagi 
~ skip
 
Tengahari
~ mee goreng - 1 pinggan


Petang
~ 1/4bird ayam kenny rongers
~ muffin - 1 biji
~ salad + mayo -1/3 ***share ngan mak n daddy***
~ orange juice - 1 cawan

Malam
~ skip

Exercise
~ line dance + aerobic - 1 1/2 hour

Air Kosong
~ 2 liter
 
 
****************************************************
ME, hubby & my mom pergi ambil mesin jahit yg repair... pastu terus pergi IOI mall coz hubby lom makan lagik... tu yang ME sempat membelasah ayam tuh.. adeehhhh.. kelaut diet den.. hhahaa.. pastu pergi carikan selipar mak... dapat lah sepasang... n mak pulak teringin nak beli handbag baru.. huhuu... cantekk gak lah beg nyer... ** nanti boleh lah ME pinjam**** wakakakaaa.


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Friday, March 4, 2011

CYC - Day 3

Pagi 
~ SDII 
~ kuih seri muka - 2 biji
 
Tengahari
~ bihun tomyam - 1 mangkuk
~ Teh O Panas - 1 cawan

Petang
~ skip

Malam
~ Ikan kembung Masak Asam Pindang - 1 ekor
~ Tahu goreng - 2 ketul
~ SDII

Exercise
~ TAK ADO!!

Air Kosong
~ 2 liter
 
 
****************************************************

Semalam seharian kat opis, buat filing dokumen yang dah berlambak.. huhu... sebelum ni staff buat.. apakan daya staff dah ambik cuti bersalin.. so buatlah sendiri... Alhamdulillah.. semua kerja hampir settle.. hari ni nak sambung lagik buat bank recon pulak... Tengahari ni plan nak pergi ambil mesin jahit mak yang hantar repair kat mostwell Bandar Puteri...

Errrmmmm... esok ME plan nak pergi KK HOME Wangsa Maju... ada member sales... mesti seronok, b4 this pernah pergi Member Sales dekat KK HOME Ampang... memang seronok sangat.. jumpa kengkawan yang sama minat dengan deco ala inggeris nih... dan barang² waktu sales ni memang jauh beza murahnyer.. sesuai sangat beli koleksi time nih... 

oklah.... nak chowww dulu... nnt Insyaallah ME nak update berat untuk diet CYC minggu pertama nih.. harap² ada penurunan walaupun sikit.. Chaiyok!!! Chaiyok!!!!!!


Note Untuk Kak Chah :  CYC tu Cut Your Calories...huuhuuu (doakan org dapat turunkan berat badan tau kak chah... Senyum Seindah Suria........ :)

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Thursday, March 3, 2011

CYC - day 2

Pagi 
~ SDII
Tengahari
~ Goreng pisang 2 keping

Petang
~ Laksa - 1 mangkuk
~ Cendol  - 1/2 mangkuk ***share dgn Daddy ***
~ kopi O panas - 1 cawan
~ Twisties - ***share dgn Daddy & Ariq***

Malam
~ Ikan Tongkol goreng - ***anggaran 1/2 ekor size biasa***
~ Ikan goreng cili api + 2 keping roti fibre
~ SDII

Exercise
~ TAK ADO!!

Air Kosong
~ 1 .5 liter
****************************************************
Semalam ME n family balik kampung sebab nak tengok mak tak sihat (sambil hantar peti ais kecik untuk mak letak ubat insulin) & nak hantar abah nyer pagar karen untuk lembu... balik pun dah agak lewat.. Dari KL pun dah kol 5.30ptg... balik naik kelisa jer.. so daddy tak leh arr nak bawak laju sangat.. ***huhuu..padan muka****.  Sampai Palong dalam pukul 7.30ptg.. rehat² jap.. lepas makan, kemas², pastu mak kata nak ikut balik......kesian kat mak.. lemah jugak badan dia..  dalam pukul 9.00mlm baru gerak ke Puchong...Alhamdulillah dekat pukul 12 tgh mlm  baru sampai rumah....



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, March 2, 2011

20 JENIS MAKANAN BANTU LANGSING


Selalunya makanan adalah musuh bagi mereka yang berdiet. Namun kebiasaannya juga rasa lapar yang hadir ketika berdiet mampu mematahkan semangat anda. Jadi, jangan lari dari makanan. Sebaliknya, cubalah bersahabat dengan mereka.

Keju
Keju dikatakan dapat membantu keberkesanan diet anda kerana ia mengandungi sejenis protein(whey protein). Protein ini akan merembeskan sejenis hormon untuk dihantar keotak sebagai 'signal' pemberitahuan anda sudah makan dengan secukupnya.

Putih Telur
Asid amino yang terkandung di dalam putih telur dapat membantu membina otot tubuh. Apabila proses ini berlaku, secara tidak langsung proses metabolisma badan anda juga akan meningka.

Bijirin Oat
Bijirin oat asli tidak mengandungi gula tambahan dan ia juga membantu mengekalkan kelancaran aliran darah.

Sayuran dan kekacang
Setengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi hanya kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat, protein dan antioksidan.

Sushi
Sebiji sushi hanya mengandungi kira-kira 30 hingga 40 kalori sahaja. Namun ingat, jauhi sushi yang digoreng atau mengandungi mayonis.

Yogurt tanpa lemak
Pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan kerana ia hanya mengandungi kurang dari 10 kalori bagi satu sudu besar yogurt (yogurt asli). Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai bahan tambahan di dalam salad atau sandwich sebagai pengganti kepada mayonis.

Limau nipis atau Lemon
Jus lemon atau limau nipis juga mampu membantu membuang lemak dalam tubuh. Haruman sitrusnya juga secara psikologi akan membuatkan anda terasa lebih segar untuk menikmati makanan sihat dan brkhasiat.

Energy bars
Pilihan terbaik sebagai snek atau minum petang kerana ia hanya mengandungi separuh lemak dan kalori berbanding mee goreng atau aiskrim.

Lobak merah
Lobak merah adalah makanan diet yang dijadikan pilihan sejak dahulu lagi. Ini kerana ia sangat rendah kalori iaitu hanya 52 kalori untuk satu cawan. Ia juga kaya dengan serat dan bagus untuk penghadaman.

Kerepek Soya
Biji soya yang dikering dan dibakar amat sesuai dijadikan snek ringan berbanding dengan kerepek lain. 1.3 auns kerepek soya mengandungi 140 kalori. Anda juga akan mendapat kira-kira 9gm protein untuk satu hidangan.

Buah-buahan kering
Ia kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu. Bagaimanapun kandungan kalori agak tinggi didalam buah-buahan kering. Jadi hadkan pengambilannya kepada 1/4 cawan sahaja.

Udang
Udang hanya mengandungi 84 kalori bagi 3 auns hidangan iaitu 2/3 daripada kalori yang terkandung di dalam daging ayam. Anda hanya perlu rebus udang yang telah dibuang kulit dan campurkan ia bersama sedikit minyak zaiton, kacang pis, garam dan lada sulah.

Pizza
Anda masih mampu menikmati pizza ketika berdiet tetapi hanya yang dimasak sendiri. Ini kerana dengan memasak sendiri anda mampu untuk mengawal kalori yang perlu ada dalam makanan anda.

Tofu
Tofu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori bagi setiap 3 auns. Anda boleh jadikan tofu sebagai ramuan utama didalam sup atau dibakar.

Ayam panggang
Daging ayam berada dalam golongan daging putih. Anda boleh memanggang daging ayam (tanpa kulit) ini begitu sahaja atau hanya perap ia bersama lada dan herba tanpa sos dan sebagainya. Dengan ini, anda mampu menyelamatkan kira-kira 240 kalori dari masuk ke tubuh anda.

Ubi kentang manis
Satu biji ubi kentang sersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori dan ia tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah anda berbanding dengan ubi kentang biasa. Tetapi, ia haruslah dibakar atau dipanggang dan bukannya digoreng.

Sos salsa
Sos salsa terdiri dari tomato segar, bawang dan cili yang ditumis bersama minyak zaiton. Dua sudu sos salsa yang digunakan adalah 50 kalori lebih rendah dan kurang 5 gram lemak berbanding krim sos.

Coklat panas rendah lemak
Campuran koko didalan secawan susu panas mampu memberi rasa kenyang pada anda dan sesuai diminum ketika bersarapan. Secawan minuman susu bercoklat panas tanpa gula mengandungi kira-kira 50 kalori.

Halia dan oren
Satu gelas minuman ini mengandungi 55 kalori. Halia juga berperanan untuk membuang angin dalam badan dan oren pula membekalkan sumber vitamin C terbaik dan dapat membantu penghadaman anda ketika berdiet.

Teh herba
Secawan teh herba sebagai minum petang mampu membantu meredakan ketegangan dan tekanan yang dialami sepanjang hari. Ia juga dapat membantu menghindarkan anda dari mengambil makanan yang banyak akibat tekanan.
 
With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

CYC - Day 1

Pagi 
~ skip 
Tengahari
~ RX-Lite + Oat

Petang
~ Bihun Tom Yam - 1/2 mangkuk ***share dgn Ariq***
~ Keropok ~ 1/2 mangkuk ***share dgn Daddy n Ariq***
~ Kailan Ikan Masin ~ 1/2 piring ***share dgn Daddy***
~ Sup Daging ~ ***sikit jerk...***

Malam
~ Otak-otak ~ 4 keping

Exercise
~ Line Dance & Aerobic ~ 1 1/2 jam

Air Kosong
~ 2 liter

****************************************************

Dah lama giler tak join kelas Line dance & Aerobic.. Semalam dengan semangat CYC ni, berjaya jugak ME gagahkan diri pergi kelas.. Alhamdulillah... cuma lupa step sikit²... tp ME mmg happy giler.. memang rindu sangat kat kengkawan kelas...


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, March 1, 2011

Welcome CYC ~ update berat n gambar

Hari yang di nantikan dah tiba... sangat excited!!!!!...
Pagi ni timbang berat... hahh!! ambik kau...
95.0KG.. pergghhhhhhh..... mmg dahsyatlah......***ikut cara nazmie raja lawak cakap***

95.0KG
Inilah gambar ME pagi tadi.. TQ kat hubby sebab melayan ME... hahahaa.. kena paksa suh tolong ambik kan gambar nih...


BMI CALCULATOR

Berat  :  95kg          Tinggi  :  157cm
Your Body Mass Index (BMI) is: 38.5.
This would be considered clinically obese. 

Semangat tengah berkobar² nih....

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, February 28, 2011

Esok 01/03/2011 Start CYC

Kepada sumer geng yang join Diet Contest CYC chaiyok!!!!! chaiyok!!!!!!!! untuk contest.. memandangkan hari ni last day, so sesiapa yang mengidam nak makan itu dan ini silakan....  hahahaa.... ME pepagi lagik dan sental nasi lemak paru...  takut rindu lak kat nasi lemak nanti... huhuhu...


Cik GoOgLe nyer gambar

Cik GoOgLe nyer gambar


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, February 22, 2011

Layan Photoscape

 Orang dah jauh kedepan, ME baru terhegeh² nak cuba.. ehheeeee... anyway best gak guna Photoscape nih.. mudah, cepat... cantik.. budak baru belajar pun boleh buat... ni lah hasilnya...


Masa kat Pulau Beras Basah, syok jugak pulau nih..

~ Ariq memang suka main air + main pasir ~

Aksi biasa ~ otomen mampu jalan kaki sehingga ke sini..

~ Me n Hubby sempat mandi kat Pulau nih.. best wooooo ~
Kat Kuantan ~ Ni masa Family Day Club MyOdc..

 Itu jerlah yang sempat ME buat.. tapi yang pasti... akan di cuba lagik.... caiyok!!! caiyok!!!


 

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Terjumpa "NI" tadi...

ME sajer jer search tentang Madu Arab Al ejib ni.. so dpt lah sikit info nih..., korang tak kisah kan ME share kat sini.. saper yang nak baca boleh teruskan.. saper yang tak suka tak ape....boleh baca n3 yg lain... eheheee

Author: maziahsv    Time: 6-9-2009 14:16

assalamualaikum sume..selamat berpuasa...saya nak cite pengalaman saya memberi anak2 saya makan madu arab+habbatussauda keluaran ejib. saya da amalkan sejak bulan mac 2009 setiap pagi dan mlm sblm tido. alhamdulillah terlalu banyak perubahan. perubahan anak sulung saya, dia ada athma. sblm amal madu+habbatussauda klau batuk dan selsema mesti nak kena amik oksigen.

Sekarang ni alhamdulillah ada kurang banyak. susah nak sakit. anak kedua pulak, dia ni jenis anibodi kuat sikit susah nak sakit, jadi saya cuma jadikan amalan harian je. anak ketiga saya umur 2thn. umur dia 1thn lebih 2kali kena demam panas hingga kena sawan demam. antibodi dia memang kureng sangat. mula2 saya cuba minyak ikan tapi tak jalan gak. batuk selsema pulak memang kerap. 

Sampai family saya cakap dia ni selalu sakit jadi suruh tukar nama ler, berubat cara kampung ler dan memacam lagi ler. masuk spital 3hingga 4 kali ler. tapi alhamdulillah sejak amalkan madu + habbatussauda dia tak pernah demam, batuk dan selsema lagi. aritu abang, kakak dan adik dia demam teruk sikit tapi dia sampai ari ni alhamdulillah. 

Badan pun da mula berisi. tapi kalau dia ada minum ais ke, buah yg sejuk ke dlm masa 2 3 jam lepas tu dia akan muntah. masa tu le akan keluar lendir dan makanan yg dia makan tu. memang ketara perubahan dia. anak saya yg keempat pulak sblm amal madu+habbatussauda kalau bernafas selalu berbunyi kahak atau lendir. nafas bergetar tu. makan ubat hospital jgn cakap. makan pun macam tu jugak nafasnya. alhamdulillah sekarang ni da tak bunyi lagi.  alhamdulillah allah dah temukan saya dgn penawarnya. saya hanya berusaha allah yang menyembuhkan.

Fikir-fikirkan...
RM59.00(SEKOTAK) + RM6(POSTAGE) = RM65 SAHAJA 
With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: