Wednesday, August 24, 2011

Baju Melayu Anak Bujang Mami

Sebelum ni status di FB, menyuarakan rasa tidak puas hati tentang UPAH baju melayu Ariq Danish yg berharga Rm70 untuk sepasang.... walau macamana pun memang tak boleh nak salah kan orang lain.. sebab aku yg malas nak gi tempah... sebab asal nyer memang nak beli baju siap jerk.. tapi daddy nak jugak tempah... 

So, daddy bagi contoh baju daddy n baju ariq.. n pesan suruh buat baju melayu teluk belanga... oklah... kalau dah upah jahit mahal dah tentulah kita espect baju tu perfect dari segala segi... Semalam masa pergi ambik baju tu, tengok baju Ariq dia tak buat teluk belanga..... terbakar biji mata aku memandangnyer.. tapi memandang kat umah orang terpaksa lah cover sket.... daddy dia pun kata, takperlah.. dah siap jahit pun.... sabar jer lah....

Pastu daddy try sarung baju dia pulak.... ambik kauuuu.. macam baju pinjam.. memandai jerk tukang jahit tu panjangkan tangan baju tu n labuh sket dari baju contoh... adoooooiiiiiiiiiiiiiiiii.. geloboss jerk tengok laki aku pakai.... kalau ikut panas hati ni mau jugak aku humban kan baju tu kat lombong, tapi aper bo0leh buat....... daddy pun terpaksalah buat² kata ok baju tu.. sebab dia yang memandai² gi tempah... aku dah cakap suruh beli siap jerk degill.... dah lah mood nak raya aku ni kelaut... sekali tengok lak baju ni, bertambah ke laut lah di buatnyer.....

Total bayar upah baju tu semalam RM260.00.. utk baju Ariq 2 pasang, n 2 helai baju daddy.......

Pesanan aku utk tukang jahit sekalian  : 
Jangan nak ambil keuntungan semata²... fikirkan quality.... sekali ni jer lah aku tempah kat ko....

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Tuesday, August 23, 2011

pregnancy ---> 8 minggu

Alhamdulillah..
Berita gembira yang telah diterima seminggu sebelum bermulanya puasa telah membuat hatiku berbunga².. tiada kata² yang dapat menggambarkan kegembiraan di hati ini.... bermula lah journey sebagai seorang ibu mengandung... 

Usia kandungan sudah 2 bulan.. teruja sangat nak pergi buat kad kat klinik kesihatan.. semalam dah kol klinik untuk buat appointment... nampaknyer macam tak sempat nak buat sebelum raya nih... maybe after raya baru leh buat... harap² dapat lalui 38 minggu yang akan mendatang ni dengan tenang..

Sekarang masih membiasakan diri dengan perubahan hormon... dapatlah merasa macamana mak mengandungkan kita dulu... banyak perkara baru yang perlu belajar... harap² morning sickness ni sekejap jer... 

Jom tengok macamana keadaan fetus di usia 8 minggu nih...
Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata. 

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. 

INFO ASAL KLIK SINI!!

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, August 22, 2011

Morning All

Assalamualaikum w.b.t.....
selamat pagi semua.... tak tahu nak citer aper pagi nih... layan blog geng² diet.. teruja sangat... ramailah yg dapat pakai kebaya raya nih.. hihihi.... seronok tengok korang semua... bersemangat dan terus bersemangat... chaiyok!!! chaiyok!!!


Macamana dengan persiapan raya.... bagi me settle baju anak n daddy dah ok.. kondisi sekarang sangatlah tidak bersemangat untuk raya... kuih raya order dari kakak n kengkawan jerk... rumah pun langsung tak berkemas lagi nih... huhu... semalam pergi jusco nak ingat shopping baju... at last sehelai pun tak dapat nak beli... daddy sempat jugak merembat 2 3 helai jeans n t-shirt...

Erksss... kasut, selipar, songkok n sampin Ariq pun tak beli lagi.. nak guna tahun lepas punyer macam dah sempit... ntah nak carik kat manalah pulak nih... memacam hal nak raya nih... mood sentiasa ke lauttt dalam... tak sampai hati lak nak tengok anak raya tak sempurna mcm yang lain.... akan ku gagah kan jua.. walaupun tak berdaya...

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, August 15, 2011

No more lose weight....... until next year

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Lama nyer blog ni menyepi.. CYC habis blog pun tak update... maleh sungguh.... hhuuhu..
Ada cerita baru nak citer.... Alhamdulillah... target untuk turunkan berat masa join CYC tu tercapai.. walaupun turun  sket tapi alhamdulillah berkat.... Bukannyer apa... apa yang saya tunggu selama 5 1/2 tahun mendirikan rumah tangga termakbul....


Terima kasih Ya Allah kerana memberi hamba mu ini peluang untuk mengandung.... bersyukur tak terkata.... Alhamdulillah juga, mungkin berkat mulut anakku Ariq Danish yg beriya² nak adik sejak sebulan yg lalu.... Insyaallah, mummy tak akan membeza² kasih sayang mummy terhadap anak².. walaupun mummy bukan ibu kandung Ariq, tapi mummy tetap sayang Ariq sepenuh hati mummy... selagi ada nyawa di kandung badan, mummy & daddy tak kan sia²kan hidup anak² mummy.... Mummy sayang Ariq sangat²... penyeri hidup yang tak ternilai harga nya...


Kandungan telah pun mencecah usia 2 bulan... Alhamdulillah.. semoga baby dlm kandungan ni sihat.... mohon juga iringan doa dari kawan² semoga saya dan baby selamat sehingga sampai waktunya....... InsyaAllah


With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: