Errmm... macamana kita nak tentukan seseorang itu MISKIN atau KAYA... Aku sendiri tak faham... kenapa orang sekeliling aku "label"kan aku ni sedemikian rupa... bukan aku tak bersyukur atas kurniaan Tuhan... tapi tertekan dengan sikap orang sekeliling... terlalu mudah melabelkan seseorang itu.
Sehingga hidup ni rasa tak selesa... semua orang mudah menuding jari kat atas diri ini.. Aku selalu terfikir macamana orang lain menilai diri ini... tak nampakkah korang semua mcmana kehidupan aku.... sentiasa di bebani hutang... orang selalu cakap ko bisness mestilah kaya... huh!!! kalau aku kaya aku tak payah keje, baik aku duduk rumah goyang kaki.. pakai orang gaji..tak payah aku nak terkejar² setiap kali balik keje.. nak ambil anak.. nak masak...lagi 1 tak payah aku nak meminjam duit orang sana sini...
Mentang² aku kerja sendiri, semua boleh ambik mudah... aaahhhh tak per ko keje sendiri.. tak payah apply cuti,, boleh keluar biler² masa... banyaklahhhh korang.... Sebab aku kerja sendiri lah aku kena kerja keras.. tak de keje tak de gaji paham!!!! saper nak bagi kami sekeluarga makan...
Ada satu yang aku betul² nak diaorg tahu... aku ni cuma menumpang rezeki suami... aku tak der apa².. aku tak pernah anggap yang aku boss kat sini...aku pun cuma makan gaji... gaji akupun setakat cukup bayar hutang & bagi mak, ada lebih sikit² pun tak dpt nak simpan... kalau nak belanja lain terpaksa minta duit laki.. kadang² naik segan dibuatnyer... nak beli sepender pun minta duit laki.. bayangkan kalau aku di buang suami.. apa yg aku ada??
KAYA ker tu???????
With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■