Sunday, January 23, 2011

Ayu Raudhah ~ Zaquan Adha


  Alhamdulillah......
Sorang lagi si cantik lawa telah menamatkan zaman bujang nyer bersama kekasih hati yang kacak lagi tampan.. ****huhuhu.. mesti ramai anak gadis yang frust nih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber dicedok sepenuhnya dari :  Mangga Online

Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah petang ini.

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jalil. Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31, dengan mas kahwin sebanyak RM1,888.

Ceria bergelar suami isteri
Zaquan tidak kelihatan gementar dan hanya dengan sekali lafaz sudah sah bergelar suami.
Dia kemudian menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan turut menyarung cincin dalam acara membatalkan air sembahyang.


Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat, ibu bapa Zaquan, Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar bermula pukul 8.00 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara.
Jelas kelihatan raut bahagia pada wajah masing-masing setelah sah bergelar suami isteri.


Belum rancang bulan madu
Pasangan ini berseri dengan persalinan rekaan Man Kajang dan solekan jurusolek terkenal Amy Jant.
Mereka bagaimanapun belum merancang berbulan madu memandangkan kesibukan kerjaya masing-masing.
Bagaimana prestasi Zaquan selepas disuntik glamor seni isteri?


Tahniah pada korang berdua.. semoga kekal bahagia ke akhir hayat.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: