Selamat pagi yang dah tak baper nak pagi nih geng... hari² cuti cam nih dah tentu isteri² sibuk nak memasak yang sedap² untuk family masing²kan.. nak kemas apa yang tak sempat nak kemas sepanjang seminggu bekerja.. hari ni mesti hari yang paling sibuk sekali.. nak² pada mereka yang ada anak ramai.. sibuk nak kepasar... nak basuh baju dan kasut sekolah anak.. nak memasak, basuh baju.. huhuuuu....
Nasib jugak me bekerja.. kalau jadi suri rumah sepenuh masa, tak tahulah... mesti pukul 9 dah tidur.. letih di siang hari menguruskan hal rumah tangga. Me memang respect giler dengan suri rumah sepenuh masa nih... masa sentiasa mengejar... Me rasa nak senaraikan tugas² suri rumah ni... bukan apa, lama sangat tak buat, takut terlupa.. hhahah ***boleh ker terlupa????
Antara tugas² harian
☻sediakan sarapan pagi
☻siapkan & anak² untuk ke sekolah
☻mula untuk mengemas rumah
☻membasuh pakaian
☻memasak
☻jemput & hantar anak pergi & balik sekolah
☻check buku sekolah anak
☻sediakan makan malam
☻rehat @ terus tidur
Masa bila lah kan untuk diri sendiri...mcm wanita yang berkemampuan dan bekerjaya.. boleh pergi window shopping, manjakan diri kat spa.. umah bibik boleh uruskan... ermmmmm....
Me sebenarnya masih dalam dilema... kadang² rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa....tapi takut boring pulak... tapi bila bekerja, keluar pagi balik malam, masa bila nak kemas umah, balik keje confirm kena terus masak..tak sempat nak duduk pun..siap masak makan.. naik atas masuk bilik, lepak tengok tv jap.. kadang² terus tertidur....
Walaupun orang kata, "alah kau keje sendiri...ikut suka ko lah..." ermm.. tapi me tetap pening nak memikirkan hal ini...
terpulang la kalau nak jadi sepenuh masa atau tidak.. fikir baik2 sebelum buat keputusan..
ReplyDeleteme sgt setuju dgn entry ni..
ReplyDeletecuma pressure keje dgn pressure as suri rumah tu yg berbeza :)
jom join Heartbeat!
Salam.
ReplyDeleteSeronok juga jadi surirumah ni. Kita la Bos, Kita la kuli.heheh