Wednesday, April 14, 2010

Pekerja yang #######



Sepanjang minggu lepas saya masih terfikir² lagi betul ker apa yang aku dah lakukan... Saya yang tak pernah bertengkar dengan mana² orang sekalipun, memecahkan rekod diri saya sendiri.. kerana minggu lepas saya telah berbalah mulut dengan seorang pekerja saya.. dan ini bukan kali pertama, sebelum ni dia pernah bersikap kurang ajar dengan saya, tapi saya tak cakap apa²... tapi kali ni saya rasa tahap kesabaran saya dah tercabar....


Pekerja : "Kak, advance tak masuk lagi ker??..
Saya : "akak dah masukkan semalam.."
pekerja : "Kalau tak nak masukkan bagitau.. janji 5hb advance.. "
Saya : "akak dah masukkan semalam lah.."
Pekerja : "Janji macamana... ni dah 7hb"
Saya : "kalau nak cakap pasal ni boleh jadi bergaduh nanti.."
Pekerja : telah membebel ikut suka hati dia..
Saya : semakin panas, dan keadaan menjadi lebih tegang..


(1hb bulan gaji, 2hb kerja, 3hb cuti, 4hb cuti, 5hb nak advance Rm300.... patut ker..????) kalau yer pun 5hb advance, berpatutan lah kan... ermm.... ini lah masalah pekerja saya nih..) Saya dah bagi advance Rm300, terus tak datang kerja..



Kenapa Berlaku Pertengkaran Tersebut ???


Ini cerita nyer....


Waktu operasi ofis saya adalah :
- 8.30am - 6.00pm
- Lepas 6.00pm (di kira OT)
- Sabtu & Ahad cuti (Kalau kerja di kira OT)


Saya rasa waktu operasi ini, kebanyakan sama pada mana² syarikat swasta yang lain.. tapi saya tak faham kenapa masih ada pekerja yang tak boleh mengikut peraturan. Walaupun company saya baru 1 tahun lebih beroperasi di ofis ni, tapi saya juga mahukan sepertimana saya pernah bekerja dengan syarikat² lain sebelum nih.


Sepanjang 4 bulan saya mewajibkan kepada semua pekerja saya untuk "Punch Card" setiap hari. Namun saya memang tak faham kenapa pekerja saya masih tak dapat melaksanakan dengan baik. Hampir setiap hari datang lewat. 23 hari bekerja, 19 hari daripadanya adalah lewat, bukan setakat lewat 5-6 minit, lewat 1 - 1 1/2 jam.. tak masuk lagi dengan cuti yang tidak apply & tak ada MC.. dan lebih menyakitkan hati, punch card suruh kawan yang punch card kan.. waktu balik, duduk melepak kat kedai bawah, pastu tak punch card.. saper yang tak geram. waktu kerja kurang, kalau balik awal pun saya tak pernah kisah..


Berkali-kali saya pesan, kedatangan tu penting.. sebab saya menilai prestasi pekerja dari disiplin yang ditunjukkan, dan kenaikan gaji juga bergantung pada disiplin yang di tunjukkan... jadi, jika seperti sikap yang di atas tu yang diberi, layakkah kenaikan gaji diberi... Namun walau bagaimanapun, kenaikan gaji tetap kami beri pada mereka..


Itulah orang kata, kita baik di pijak nyer kepala kita...



Kesimpulan yang saya dapat dari masalah ini :


-------> Kalau majikan cakap hari ni advance, gaji, balik cepat, tak kerja... semua pekerja ikut..


--------> Tapi, kalau majikan cakap masuk 8.30pg, balik 6.00ptg, kenapa semua pekerja tak nak ikut..

2 comments:

  1. itu lah risiko menjadi seorang majikan.

    Macam suami mas, kata nak buka kolam ikan keli tapi bila dia kata nak ambil family dia jadi pekerja..... itu akan jadi masalah...

    Senangnya sebab family...
    Susahnya sebab bila nak tegur, masam muka

    ReplyDelete
  2. itulah... susah nak cakap... selagi kita bernama manusia, belajarlah untuk memahami kekurangan masing-masing...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: