Friday, December 4, 2009

~~ Pakej Menarik Google Untuk PKS ~~

Saya cuma nak share maklumat nih... pada siapa yang terlepas pandang yer.. Saya terbaca di blog cik farenova mengenai satu pakej yang ditawarkan oleh Google kepada PKS. Petikan di bawah ini dipetik daripada tabloid Harian Metro bertarikh 3 Disember 2009.



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjalin kerjasama strategik dengan gergasi enjin carian global, Google serta dua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan iaitu Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi menawarkan Pakej Ransangan Perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat PKS tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing menggunakan platform pemasaran Google.

Pakej berkenaan dibuka kepada semua PKS tempatan yang mempunyai produk untuk dijual dan permit perniagaan sah dengan yuran pendaftaran RM200.

Bagaimanapun, 100 PKS pertama yang mendaftar dengan pakej berkenaan tidak perlu membayar sebarang yuran.

Selepas mendaftar dengan pakej terbabit, PKS terbabit boleh mendapatkan laman web syarikat yang dibangunkan pelajar MMU dan UTAR serta dihoskan oleh Google, jika mereka masih belum mempunyai laman web sendiri.

Laman web terbabit akan diselenggarakan oleh pelajar dalam bidang multimedia dari kedua-dua IPT terbabit.

Selain itu, PKS juga akan mendapat kredit percuma bernilai RM200 kempen pemasaran dalam talian platform pemasaran Google AdWords untuk tempoh kempen antara dua hingga empat minggu.

Pada masa sama, Google turut menawarkan tutorial secara percuma yang diberikan oleh wakil berlesen syarikat kepada PKS terbabit mengenai cara yang betul untuk memulakan dan menyelenggara kempen pemasaran secara dalam talian.

Pakej berkenaan turut menawarkan seminar percuma yang dikendalikan menerusi kerjasama Google dan SME Corp. Malaysia mengenai cara untuk memulakan laman web, pemasaran dalam talian dan teknologi Google bagi mempromosikan perniagaan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, pakej berkenaan adalah sejajar misi kerajaan untuk mempromosikan perdagangan di peringkat antarabangsa serta meningkatkan aktiviti industri dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, platform pemasaran yang ditawarkan oleh Google adalah satu cara paling berkesan kepada PKS tempatan beralih kepada cara pemasaran lebih berkesan dan merentasi sempadan perdagangan antarabangsa.

"Kementerian dan agensi seperti SME Corp. Malaysia sentiasa menyokong sebarang program yang menggunakan Internet sebagai platform baru untuk PKS tempatan berkembang," katanya pada pelancaran Pakej Rangsangan Perniagaan PKS di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, Dato' Hafsah Hashim; Ketua Dalam Talian google Asia Pasifik, Charif El-Ansari; Naib Presiden MMU, Prof Dr Tou Teck Yong dan Pemangku Presiden UTAR, Prof Dr Ewe Hong Tat.

Sementara itu, El-Ansari berkata, pakej berkenaan memudahkan PKS tempatan untuk menguruskan laman web masing-masing dan menggunakannya sebagai saluran jualan berkesan menerusi bantuan Google AdWords, iaitu platform pengiklanan dalam talian paling berkesan.

"Platform Google AdWords mencecah jutaan pengguna Internet di malaysia dan lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia, justeru pakej ini berada pada landasan yang betul untuk menbantu PKS mencapai sasaran pelanggan lebih luas di peringkat antarabangsa," katanya.

PKS tempatan yang berminat menyertai Pakej Rangsangan Perniagaan PKS boleh mendaftar di laman web www.google.com.my/stimulus.

Berita Harian, 3 Disember 2009


P/S : kepada sesiapa yang memerlukan nya jangan lepaskan peluang keemasan ini k....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: