.
.
Terasa bertuah nyer badan apabila dilahirkan pada 16 September...... Akulah anak Malaysia...... huhuuhu.... (patriotik pulak aku). Apa yang aku nak bagi tau kat korang sumer, start dari tahun depan aku akan menyambut hari lahir aku pada CUTI UMUM.... perghhh best nyer... tak der sebab hubby nak ngelak sebab tak sempat nak beli present lagi.... huhuhu.... kalau tak caya korang baca artikel kat bawah ni k.....
.
.
Artikel di Copy Dari Berita Harian Online pada 20 Oct 2009
16 September diisytihar cuti umum
Oleh Faiza Zainudin, Nazura Ngah, Khairul Azran bhnews@bharian.com.my
Oleh Faiza Zainudin, Nazura Ngah, Khairul Azran bhnews@bharian.com.my
Ajak rakyat ingati sejarah penubuhan Malaysia: PMKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengisytiharkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963, sebagai cuti umum di seluruh negara mulai tahun depan. Dengan pengisytiharan itu yang diputuskan Jemaah Menteri, baru-baru ini, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.
.
.
Perdana Menteri berkata, Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan rakyat mengenai perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan yang dirayakan dengan pelbagai acara rasmi, seperti perarakan untuk mengingati detik sejarah itu. "Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya pada sidang Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang meminta penjelasan sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia' dan jenis program yang difikirkan berkesan bagi mencapai hasrat itu.
.
.
Perdana Menteri berkata, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung. Menjawab soalan tambahan Marcus mengenai identiti rakyat Malaysia, Najib berkata, negara sejak dulu lagi memilih kaedah integrasi, bukan asimilasi seperti negara jiran, Filipina, Indonesia dan Thailand. "Pemimpin kita dari dulu lagi bersikap terbuka dan inklusif kerana itulah jalan terbaik apabila dapat tampilkan satu kekuatan, `unity in diversity' dan tidak ada negara lain yang seunik Malaysia," katanya.

No comments:
Post a Comment