Wednesday, January 26, 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011

Ni lah dia, tuan empunya blog... comel kan.....
ermmm..... nak join.. nak join.... huhuhu sambil meloncat² kera...
sesaper yang nak join pun masih boleh lagik tau...

Tarikh tutup: 30 Januari 2011 12.00 PM

senang jer nak join.....
Pertama... Buat satu post pasal segmen ini dengan tajuk 'Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011' Kemudian masukkan gambar header kat atas tu supaya blogger yang belum mengenali saya .. boleh kenal. Bak kata peribahasa .. tak kenal maka tak cinta! ..

kedua .. Create satu link ke blog ini. Bukan dua dan tiga .. hanya satu sahaja. Tapi kalau rerajin nak letak sepuluh pun .. saya tak kisah. Lagi suke ada la!

Ketiga .. Pastikan anda meletak link blog ini diexchange link ataupun bloglist blog anda. Nanti kalau saya datang check dan link tersebut tak ada .. maka secara automatik .. penyertaan anda digugurkan!

Segmen ini anya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Jadi kalau nak join and get some traffic from here .. saya mengalu²kan anda untuk join. Tapi kena ingat .. blog saya nie tak lah banyak trafik macam blog famous yang lain. Jadi ..jangan mengharap sangat k!

Ada pesanan skit dari Anastasyea  :
Kalau dah tersenarai nanti .. rerajin la update blog anda ye! Saya hanya boleh membantu setakat yang termampu sahaja!. Sebelum saya lupa, bila dah siap nanti .. letakkan link post tersebut kat bahagian komen post ini ye!

Bodoh!!!!! tak nak bagi lah aku


Bodoh!!!! memang bodoh!!!! 
eeiiiiiiii... geram giler.. mendidih darah rasanyer.... kalau dah tau tak nak bayi tu, letaklah kat tempat yg selamat... kuang ajaqqq betul... kesian bayi tu..... Aku bersusah payah berusaha nak dapatkan anak, sampai sanggup minta kat orang nak ambil anak angkat...... ko dah dapat senang² jer ko tikamm.... takder perasan nyer orang....  Nanti kalau reader tau ada sesaper nak bagi anak, tolonglah bgtau aku k.... tapi aku bukan nak beli ehhh....

sumber asal  : harian metro
tarikh  :  26 jan 2011
TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah. 

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.  

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

BetuL Ker Nie?????


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Salam Ukhuwah..~

PasAr MaLam ~ Selasa ~


Petang semalam lepas balik keje, Si kecik Ariq Danish ajak kitaorg jalan² petang naik lori... hhaaa... sejak ada lori ni, Ariq dah tak berapa mau naik kereta... asyik nak naik lori jerk....huhuh

Tapi bukan tu yang aku nak cerita.. huhu.. sedang kami pusing, nampak ada pasar malam baru.. huhu pelik gak... sebab selalunya pasar malam kat situ hari ahad... pastu, aku terus ajak hubby pergi pasar malam tuh...

 Ronda punya ronda kat pasar malam tuh, nampak lak ada 1 kedai yang jual sayur² kampung... ehheee.. aku mmg peberet sayur kampung nih... ada beberapa jenis sayur n ulam kamgpung yang aku perasan...

Cendawan Kukur

Ulam Tenggek Burung

Jering

Pucuk Paku

Pucuk Paku Merah

Dalam banyak² tu, aku mmg berkenan sangat nak makan cendawan kukur tuh... sebab aku rasa cendawan ni mmg payah sikit nak dapat.. ada musim² tertentu jerk... so rembat lah 2 piring... sepiring pakcik tu jual RM2.. boleh lah.... 

Malam tadi dapatlah kami sekeluarga makan cendawan kukur goreng cili api + ikan bilis.... hhheee.. sedap gak.... **** perasan lebih aku nih..

Sebenarnya hubby aku kata nak suh masak lemak cili api... memandangkan kat umah santan dah habis.. serai pun tak der... jadi tak dapek den nak nolong ehhh yo... next time yer syg.... Sowiieeee....


Tuesday, January 25, 2011

Takziah


Hari ni 25 Jan 2011....
Aku dapat 2 khabar duka dari Mak...

Pagi, salah seorang dari jiran datuk aku telah kembali kerahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan...

Sebelah petang pula, mak kol bagitau mak mertua kaklong aku pula telah kembali ke rahmatullah...

Aku ambil kesempatan ni, nak mengucapkan takziah pada kedua² keluarga, kerana telah kehilangan insan tersayang.. Sama² lah kita berdoa supaya arwah di tempatkan dikalangan orang² yang beriman.... Amin.....
Al-Fatihah.....

Hubungan Fasha Sandha & Jejai Putus

~ Semoga Fasha tabah atas apa juga dugaan yang datang ~

fasha jejai putus

Bercinta sememangnya mengasyikkan. Tetapi perpisahan yang berlaku sememangnya akan memedihkan jiwa raga. Akhirnya, sah yang hubungan cinta Jejai dan Fasha Sandha sudah putus . Siap keluar muka depan Harian Metro lagi. Takziah kami ucapkan kepada mereka berdua. Nampaknya hajat untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian jua. Kata Jejai:-

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.
Abang Nara tak tahu nak cakap apa nie. Terkesima sudah. Mesti Fasha kecewa ditinggalkan Jejai. Kesian pulak kat Fasha. Apa-apa pun harap Fasha tabah.

Sumber  :  Beautful Nara

CaRa SyeLLa KaMaruDDin BerFeSyeN


syella kamaruddin memang seksi
Contoh baju yang sesuai untuk menyambut hari jadi kat pusat karaoke
hhuhuu.. pasni saper yg tak tau berfesyen cam aku nih, boleh lah ikut!!!


Pergghhh..... hebat btol lah cik syeLLa nih... memang pandai bergaya... Ada aku kesah!!!! ... korang baca komen syella tentang gambar dia nih....

"Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara. Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya. Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi."
 
 
full article  :  Abg Nara

Monday, January 24, 2011

Perggghhhh... mmg menyirap

huh!!!!!! sakit giler hati bila tgk FB minah indon sorang ni.. syok dok layan suami orang.. yg suami orang tu pun satu... gatal nak mampus... bini kat rumah tu buat cam tunggul lak.. mcm lah bini tu tak der hati..tak der perasaan....

oppppsss...oppssss... korang jgn salah paham pulak ehh... ini bukan masalah aku n my laling... ini FB orang lain.. tapi still ada sangkut paut ngan sedara aku... mmg kesian lah kat wife dia.. dah lah tengah mengandung... laki dia leh syok² cari betina lain kat luar... bongokssssss sungguh...

n3 ni bukan aku nak jaga tepi kain org... tapi cuma untuk ingatan diri aku sendiri... belajar lah terima pasangan masing² seadanya... jangan nak cari kekurangan pasangan jer... tapi perbaikilah kekurangan diri sendiri...




kalau lah empunya diri terbaca blog aku nih, ada pesanan untuk kamoo....

- 1st... so sorry okeh.. aku terpaksa wat n3 nih... hrp² sangat kamoo terbaca... sbb aku dan kamoo mmg tak pernah borak bersama...
- harap² kamoo tak marah aku....

BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Terharu bila baca artikel di blog BEN ASHAARI.. berkaitan dengan Penulis novel ELEE MARDIANA, yang berusaha untuk membantu 2 orang adik beradik yang dalam kesusahan... segala artikel dan cerita berkaitan boleh di baca di SINI

Adik Mohd. Shah


Adik Hairuman

Menurut cik Elee Mardiana, dia akan menderma seluruh royalti daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini.

Berikut adalah tajuk buku yang anda boleh perolehi di pasaran. Membeli sambil menderma....






~ Kete lagik ~

Tak habis² lagi aku nak citer hal kete nih... Aku sebenarnye tak berapa paham sangat dengan orang yg suke lowed kan kete ni.. mmg aku tak paham kat mana best nyer bawak kete yang konon² cam menyarap kat atas jalan tuh..

Nak kata nampak cantik, aku rasa biasa jer.. tak der lah cantik mana pun.. nak kata best sangat naik kete nih pun, tak der jugak... tp tak paham kenapa org minat nak buat camtuh... aku rasa banyak tak best dari best... jumpa bonggol/bumper kat jalan kan dah payah...

Aku dah lah phobia nak slow² sgt kat bumper tuh.. coz sebelum ni kete aku pernah di langgar kat bumper tuh... aku ni takut kalau kete terseret, sbb tu lah slow.. yg mamat mangkuk belakang aku ni pulak tak reti slow... dah tau ada bumper lagi mau laju... pastu siap marah aku pulak.. apasal aku slow sangat.. sbb tu lah dia terlanggar aku...bongokssss!!

Mesej kat hubby aku....
- adoiiyai... payah lah bawak kete u tu... adjustlah adjustable tuh... dh banyak kali terseret kat bumper..
- nak naik bukit kat umah mak pun tak lepas...
- plllsssssssssssssssssssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: