Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Nak Try JuGaK

Selamat petang semua
Ibu2 sibuk memasak ker tuh
Sibuk nak sediakan juadah berbuka untuk family tercinta yer tak..?
Heheehee....

Petang ni aku sajer nak cuba buat coleslaw sendiri
Selalu makan kat kfc jer
Aku guna sos salad nih


Sagat utk potong kobis tu dah bertahun beli
Tak pernah guna langsung
Huhuhu.... nampak tak betapa rajin nyer aku

Jadi ni lah hasil nyer....


Selamat Berbuka Semua..

Tuesday, February 22, 2011

Terjumpa "NI" tadi...

ME sajer jer search tentang Madu Arab Al ejib ni.. so dpt lah sikit info nih..., korang tak kisah kan ME share kat sini.. saper yang nak baca boleh teruskan.. saper yang tak suka tak ape....boleh baca n3 yg lain... eheheee

Author: maziahsv    Time: 6-9-2009 14:16

assalamualaikum sume..selamat berpuasa...saya nak cite pengalaman saya memberi anak2 saya makan madu arab+habbatussauda keluaran ejib. saya da amalkan sejak bulan mac 2009 setiap pagi dan mlm sblm tido. alhamdulillah terlalu banyak perubahan. perubahan anak sulung saya, dia ada athma. sblm amal madu+habbatussauda klau batuk dan selsema mesti nak kena amik oksigen.

Sekarang ni alhamdulillah ada kurang banyak. susah nak sakit. anak kedua pulak, dia ni jenis anibodi kuat sikit susah nak sakit, jadi saya cuma jadikan amalan harian je. anak ketiga saya umur 2thn. umur dia 1thn lebih 2kali kena demam panas hingga kena sawan demam. antibodi dia memang kureng sangat. mula2 saya cuba minyak ikan tapi tak jalan gak. batuk selsema pulak memang kerap. 

Sampai family saya cakap dia ni selalu sakit jadi suruh tukar nama ler, berubat cara kampung ler dan memacam lagi ler. masuk spital 3hingga 4 kali ler. tapi alhamdulillah sejak amalkan madu + habbatussauda dia tak pernah demam, batuk dan selsema lagi. aritu abang, kakak dan adik dia demam teruk sikit tapi dia sampai ari ni alhamdulillah. 

Badan pun da mula berisi. tapi kalau dia ada minum ais ke, buah yg sejuk ke dlm masa 2 3 jam lepas tu dia akan muntah. masa tu le akan keluar lendir dan makanan yg dia makan tu. memang ketara perubahan dia. anak saya yg keempat pulak sblm amal madu+habbatussauda kalau bernafas selalu berbunyi kahak atau lendir. nafas bergetar tu. makan ubat hospital jgn cakap. makan pun macam tu jugak nafasnya. alhamdulillah sekarang ni da tak bunyi lagi.  alhamdulillah allah dah temukan saya dgn penawarnya. saya hanya berusaha allah yang menyembuhkan.

Fikir-fikirkan...
RM59.00(SEKOTAK) + RM6(POSTAGE) = RM65 SAHAJA 
With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Power Beb!!!

STOCK BARU HABBATUS SAWDA PLUS MADU ARAB AKAN SAMPAI INSYAALLAH JUMAAT NI.. ME DAH ORDER 50 BOTOL... SESIAPA YANG BERHAJAT BOLEH BUAT ORDER... 

Nak share sket pasal Madu yang terbaek dari ladang tuh... ini info syarikat pengeluar madu tersebut... korang leh baca...


INFO



Selamat datang ke AL-EJIB,
syarikat kami merupakan pengusaha dan perintis herba dan air minuman kesihatan. Kami telah berjaya mengeluarkan banyak produk kesihatan yang sangat sesuai dengan gaya hidup masa kini yang semakin mementingkan
kesihatan

Syarikat kami merupakan pengeluar pertama produk Habbatus Sawda + Madu + Gar Ger di Malaysia pada tahun 1991. Kami juga mengeluarkan produk za'faran, adaptogens dan tongkat ali hitam.


Produk kami juga merupakan 100% herba, tiada mengandungi pewarna, perisa dan pengawet. Segala produk kami adalah suci selamat digunakan.

Kami juga merupakan pengusaha dan pemborong jamu dan kosmetik yang berstatus PENGILANG BERTARAF GMP





 ORDER JANGAN TAK ORDER!!!! hehehee

With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Monday, February 21, 2011

Terbaik Dari Ladang

Best balik kampung minggu lepas... seronok sangat... walaupun tak ramai adik-beradik yang balik, tetap best... tapi, kalau semua balik lagi best lah jawabnyer...  uhuhu...

Sebenarnya ME nak share ngan geng blogger pasal 1 produk nih... produk yg di kenalkan oleh abg ipar ME beberapa bulan lepas.. mula² hubby saja nak test... beli 1 botol... pastu dia kata feedback ok kat badan dia.. pastu order 2 botol plak.. huhuh.. orang macam hubby ME ni selalu banyak complain.. ada jerk yg tak kena.. tapi bila dia kata OK tu ME terkejut gak...

Selang sebulan lepas tu, hubby belikan emak ME sebotol.. nak suruh mak cuba..sebab mak ada macam² penyakit.. antibodi badan pun dah lemah.. Tak sangka pulak.. lepas mak cuba sebotol tu, mak terus tanya lagik nak beli kat mana... mak kata produk ni bagus... n last week ME ada belikan untuk mak 6 botol produk nih untuk mak makan... tapi, rupa² mak dah cerita dekat kengkawan dia.. dan yang paling best skali.. kengkawan mak jugak dah buat 2nd order kat mak... 

Dan disebabkan oleh feedback semua orang yang memakan nya adalah +ve, ME amat berminat untuk menjadi stokis produk nih..Insyaallah minggu ni stock baru akan sampai.. Jadi pada customer mak yang dah order jangan risau... stock baru akan masuk... dan kalau ada kengkawan yang baca ni berminat nak beli untuk diri sendiri atau mak ayah boleh buat tempahan...  "SILA TINGGALKAN KOMEN/PESANAN DEKAT ENTRY NI"... 


Kalau ikutkan dekat kotak ni ada tulis boleh menyembuhkan lebih dari 50 penyakit... sangat terbaik... cuba baca ni...


HABBATUS SAWDA PLUS MADU ARAB

PENERANGAN PRODUK
Membantu mencegah lebih 50 jenis penyakit (ibnu Qayyim Al-Jawziyya dalam  bukunya U Medicine Of The Propet) melibatkan penyakit saraf, tekanan darah,  sistem pernafasan,  pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan.

KHASIAT-KHASIATNYA
Lelah, Asma,Paru-paru berair, Resdung, Batuk Kahak, Lendir, Demam, menguatkan antibodi, Perokok, mencuci dada, jerawat, darah kotor, membuang angin, penghadaman, gastrik, batu karang, ulser, buasir, jantung dan limpa, darah tinggi, kencing manis, arthritis, sakit sendi, gaot,  menguatkan antibodi dan pinggang,  sejuk badan, darah rendah, mengurangkan kolestrol dan lemak, memulihkan tenaga segera dan untuk ahli sukan / kerja berat.


KANDUNGAN / RAMUAN
  • Al habbahtus As Sawda
  • Madu Arab
  • Jus Kurma
  • Buah Tin
  • Za'affaran
  • Gar ger
  • Hulba
  • Badam
CARA GUNA
1. Baca Bismillah dan Selawat
2. Tarik nafas dan sedut dalam-dalam
3. Guna sudu plastik
4. Jangan simpan di peti sejuk kerana khasiatnya akan hilang
5. Jangan minum madu bersama air kelapa.


PENGGUNA / KAJIAN SAINTIFIK & PARA ULAMA MENGENAI AL HABBAH AS SAWDA PLUS MADU ARAB AL-BARAKAH

*Produk ini merupakan No 2 terbaik untuk LELAH selepas Hati unta

* No 2 terbaik mengatasi BENGKAK selepas kayu gharu

* No 1 terbaik untuk MINDA kerana mengandungi madu, kurma & za'affaran

* Untuk TENAGA SEGERA merupakan jamu kocok terbaik berbanding jamu lain (disyorkan di campur Minyak Sapi dan kuning telur).

* Sebagai TONIK ke 3 terbaik untuk mengatasi masalah TENAGA BATIN bagi mengatasi masalah ketegangan dan ereksi selepas 'Ulam Nabi Sulaiman' dan Madu Hydramaut (Disyorkan minum bersama Kopi O pekat atau Halia Madu keluaran Al-Ejib)

* Produk terbaik untuk mengatasi masalah kemandulan dan masalah peranakan kerana mengandungi Gar Ger (tumbuhan dari Arab).



With Love..... ■☻♥♥♥♥YaNNa LeNNa IsMaiL♥♥♥♥☻■

Wednesday, February 16, 2011

n3 MakaN-MaKan

Dah lama giler nak wat n3 ni.. asyik tertunda jerk.. so sementara me ada masa ni baik me buat...

ME n hubby suka sangat pergi makan kat kedai ni... masakan thailand.. memang menepati citerasa ME yang memang kuat makan nih.. ***sebab tu size badan tak hengattt***

Memang dari zaman mula² kenal dengan hubby, kami selalu gak pergi makan kat sini.. tapi dulu kedai ni cuma dekat deretan rumah teres.. corner lot... waktu ni pun memang dah ramai customer.. kalau bulan puasa lagi lah tak hengatt punya ramai... sampai meja penuh dengan reservation...

Tiap² kali pergi makan kat kedai ni, mesti teringat zaman berkawan² ngan hubby.. banyak gak memori kat kedai nih... Ehhhee, sejak kebelakangan ni pun kerap gak pergi makan kat sini.. kalau tak tau nak masak aper... confirm  DI SITU LAH TEMPAT DI TUJU..

Rasanyer orang kedai tu pun dah naik kenal dengan muka kitaorg... n lagi 1, setiap kali pergi...confirm order menu yang sama.. cuma kadang² tambah sikit² menu lain.. nak tau aper yg paling sedap kat tekak me n hubby.. haaaaaa... ni dia "IKAN SIAKAP STIM KERABU".... MMG POWER.... MMG MABELES..

pergghhhh.... layan giler.. sehingga ke titisan yg terakhir

Tak ketinggalan jugak.. "SAYUR CAMPUR".. nampak biasa jer.. tp rasa mmg sedap.....

macam² ada...

yang 1st time order adalah "PULUT MANGGA"

sedap gak rupa nyer pulut mangga nih..
Sesiapa yg dok Puchong ni yg belum try lagi masakan kat kedai ni mmg rugi lah... kedai ni lokasi dia kat Area Puchong Intan... Nama kedai ni ALISSARA... cuber jangan tak cube.. pasti tak akan menyesal bagi orang yang kuat melantak macam ME ni...hihihihihih

Alissara Thai Cuisine

Ini bukan signboard kat kedai tu hockayyy... ini ME snap kat buku menu jerk.... Selamat Mencuba!!

Wednesday, February 9, 2011

n3 bersambung.......

n3 bersambung.......
Lepas siap tukar tayar, me n hubby terus pergi Tesco Puchong... Nak tukar simkad staff yang rosak.. sekejap jer tukar nyer.. berjalan yang lebih.. pusing² kejap nampak Big Apple.. selalu nyer lalu jer.. tapi kali ni teringin lak nak rasa.. ehhheee... beli 2 ketul jerk...

Comey gak kotak dia nih...


sedap gak donut nih

walaupun tak berapa cantik, tapi rasa tetap sedap

Lepas pergi Tesco, me pergi Jusco IOI Mall lak.. hahhaaa.... motipp!! pantang dapat berjalan, mmg semua me nak tawaf.. tapi memang ada tujuan lah... sebenarnya kat jusco ni me nak carik hamper baby... sbb wife kepada pekerja me baru jer lepas deliver new baby...

Special for Baby Boy
Dah alang² sampai tu memacamlah kan.. ada jer benda yang nak di belinyer... sempatlah jugak hubby merembat pakaian untuk anak kesayangan kami tuh... memula ingat nak beli kat Jusco.. tapi size lak tak der... pastu nampak lak butik poney .. belek punya belek dapatlah sepasang...

huhu.. walaupun Ariq dah 4 tahun, tapi dia still lagi boleh pakai baju size kecik.. cuba tengok nih.. untuk 2 - 3 years...
2 - 3 years

comey tak baju nih.. hubby yg pilih
ehhehee... seluar pun kena beli size yang kecik gak... yang ni me yang pilih...
Size  :  2 - 3 years


Comey tak??
Harga kat sini mmg mahal sikit.. kami pun jarang² sangat beli baju kat sini.. tp tadi tak tau ntah apa angin hubby nak singgah plak... masa nak bayar cashier tu tanya "ada credit card CIMB tak?? .huhuu.. laju jer hubby keluarkan... rupanya kat poney nih.. kalau bayar guna CIMB cc, dapat less 20%.. kalau HSBC less 10%. ok gak lah kan..daripada tak der langsung....


Friday, January 28, 2011

Sakit KePaLa TahaP BaBoooN

 Adoiiiiii.. kepala otak me sangat sakit...... baru lepas lunch ngan member me... tapi me tak makan sebab kenyang lagi breakfast pagi tadi... jadi, me order air jer.... KOPI AIS satuuuuu.... huh!!! pekat boleh tahan.. tapi kurang susu... tak best sangat... tp nak wat camane.. dah order kan.. me minum jer lah.... srooottt!!!!! srootttt!!! sampai habis....

Kopi Ais cik GoOgLe
Elok start jer kete, trus rasa pusing² kepala me... berdenyut giler..... adoiii... tolong!!! tolong!!! kenapakah???? mengapakah??? huwarrrggghhhhh

me pun dah naik lebam cam katun nih

Wednesday, January 26, 2011

BetuL Ker Nie?????


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Salam Ukhuwah..~

Thursday, December 30, 2010

Menu 29/12/2010

Semalam dah start konon nyer nak mendiet... kurangkan makan nasi...
Pagi² dah malas nak singgah kat tempat beli nasi lemak tuh.... so makan apa yg ada jer kat opis, Tengahari plak gi makan kat kedai ngan hubby... Petang makan kat umah kak cik....
Aku makan simple jer....

Pagi  :  Biskut kelapa
Tgh  :  1 senduk Daging Kicap + 1 senduk Bayam Goreng + Air Suam n Teh O panas
Petang :  Kobis Tumis Air + Ikan Rebus (Goreng) + Sambal Belacan
Supper  :  Ayam Goreng + 2 sudu nasi (sebat hubby nyer jer... tak tahan oooo)


~~ gambar sekadar hiasan ~~
Daging Kicap
(Sumber dari Cik GoOgLe)


Bayam Goreng
(Sumber dari Cik GoOgLe)
p/s :  gambar makanan ni kalau aku makan kat kedai mmg segan skit nak ambik.. kang org kata aku jobo benar plak.... sebab tu gambar aku rembat dari cik GoOgLe jer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: