Thursday, December 31, 2009

Pasang Plasma/LCD TV kat rumah


Bracket yang kami gunakan tuk pasang Plasma ni


Ni contoh yang dah siap di pasang....


banyak lagi gambar yg aku dah upload...korang semua kalau rajin g lah blog company ni yer...






korang leh ar tengok apa aktiviti harian kami... n kalau kat rumah korang ada plasma/lcd

tv yang korang teringin nak pasang cam kat atas ni leh ar bg tau aku... kami supply sekali bracket dia... kengkawan blog nyer pasal kami bagi harga baik punyer.... tapi yg dekat area Lembah Klang jer lah...

~Hadiah untuk Pemenang Contest Saya~

Tahniah pada sesiapa yg dah join Nangis Contest by Mummy Ariq.... pada yang belum join amatlah dialu-alukan penyertaan dari anda semua.. sebab tarikh tutup pada 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari.



.




Rasa² nya semua penyertaan yang di terima adalah dikalangan kaum ibu, kakak dan adik² perempuan... so saya berbesar hati untuk memilih hadiah UTAMA untuk Pemenang yang bertuah... dan hadiah nya adalah untuk ibunya... bukan untuk anak yer....




.




Untuk menghargai pemenang bertuah tersebut saya akan menghadiahkan 1 kotak minyak wangi One Drop Perfume.... worth RM45.00... Women Celebrity.... harap bakal pemenang akan suka dengan hadiah yang tak seberapa dari saya ini.....



.

Hadiah untuk tempat ke2 dan ke3 akan di update kemudian yer.....


Monday, December 21, 2009

~ aku dan kantoi ~

Salam Semua,
Aku dan Kantoi !!!!! hehehehe.... dengan sengaja nyer aku dah beberapa kali mengantoikan diri aku dengan sengaja..... KANTOI dengan ape?????????? huhuhu.. dengan makanan lah.....
.
1) aku dengan sengaja nyer makan nasi + sambal sotong (1st time kantoi 99HTN nih)
2) esok nyer plak... ada perlawanan bola jaring... pas tu cikgu belanja nasi lemak... kantoi lagi
3) makan nasi putih + telur goreng... sambil suap anak.. suap mak skali... mak yg lebih....
4) makan nasi lemak + ayam goreng....
.
semua kejadian di atas berlaku pada hari sabtu & ahad pada minggu lepas dan minggu sebelumnyer.... (12&13hb dan 19&20hb Disember 09).....
pada kengkawan yg belum kantoi lagi... harap teruskan yer.....

Wednesday, December 16, 2009

~ Mummy Ariq Danish ~: ~ My Own Company ~

~ Mummy Ariq Danish ~: ~ My Own Company ~

~ My Own Company ~


Salam to korang semua... sorry tak sempat nak update blog ni, coz semalam saya kena siapkan blog company.



korang leh klik kat sini yer... tolong tinggalkan komen korang tentang website tu ..


Komen anda amat di alu-alukan..Terima Kasih.

Wednesday, December 9, 2009

~ 3 days detox menu ~

Salam Semua... disamping menjalani rutin harian tanpa makan nasi, sorang lagi kawan blogger kita cik flo telah berjaya menurunkan berat badan dengan banyaknyer dlm masa seminggu... Nak tau apa rahsia nyer... klik jer kat link nih... n korang sumer berpeluang untuk menurunkan berat badan dengan men' join kan diri anda dengan 3 days detox plan, sebab tarikh tutup penyertaan adalah 12 dec 09 (hari sabtu ni).... segala syarat² juga korang leh check kat blog tuan umah yer...
~
~
Tak payah pening² fikir nak makan aper... menu juga dah disediakan untuk rujukan kita..., jadi menu kat bawah ni pun aku copy jer dari cik flo punya blog.
~
Day 1

Get up from bed : Drink water + lemon or Fresh Fruit Juice (only fresh no added sugars)
7.00am : 2 glass of water
8.00: Fresh fruit salad / Light Wholegrain cereal
9.30am: 2 glass of water
10.00am-12pm: Fruits
2.30pm : 2 glass of water
3.00pm: Fruits
5.30pm: Workout for 30 minutes (Brisk walk)
7.00Pm: Fruits salad
10.00pm: Fruits
2 glass water before sleep


Day 2

Get up from bed: Drink water + lemon or Fresh Juice (only fresh no added sugars)
7.00am: 2 glass of water
8.00am: Fresh fruit + veggies salad
9.30am: 2 glass of water
10.00am: Fruits
12.00pm: Veggies and fresh fish grilled or steam
2.30pm: 2 glass of water
3.00pm: Fruits
5.30pm : Workout for 30 minutes ( brisk walk)
7.00pm : Veggies and steamed fish
10.00pm: Fruits
2 glass of water before sleep

Day 3

Get up from bed: Drink water + lemon or Fresh juice (only fresh and no added sugar)
7.00am: 2 glass of water
8.00am: Fresh fruits salad
9.30am: 2 glass of water
10.00am : Fruits
12.00am: Fresh fruits salad
2.30pm : 2 glass of water
3.00pm: Fruits
5.30pm : Workout for 30 minutes (Brisk walk)
7.00pm: Veggies and fish (Steamed or grilled)
9.30pm: 2 glass of water
10.00pm: Fruits
2 glass of water before sleep


Note: NO JUNK FOOD, NO COFFEE OR TEA, NO STIR FRY AND NO CAN FOODS during this entire process. Please makesure u have enough sleep as well.


~Good Luck~

~ Sibuk ~

Huhuhuhu...sorry to all, lately mmg bz giler... banyak sangat brg yang nak di order, di hantar, nak wat factoring.. memacam lah...... semua keje nak settle by this month... hopefully payment pun by this month... baru lah best....
Murah rezeki kami di hujung² tahun nih... alhamdulillah.... dapatlah settle kan hutang² yang ada.... AMIN....
Bagi yang lom join lagi "Nangis Contest By Mummy Ariq" sila-sila lah join....
Nanti kalau free aku update lagi.... nak wat factoring form jap.. byeeee

Friday, December 4, 2009

~~ Customized Felt Tshirt Giveaway ~~


Tak lama lagi TINIHANI nak lancarkan produk terbaru nyer iaitu Customized Felt Tshirt. Berwarna-warni, kita boleh pilih design untuk dihasilkan kat atas tshirt tu. Sebelum pembukaan secara rasmi, TINIHANI nak buat giveaway sebagai cara promosi awal.


~ Ini adalah contoh design yang ada ~



~siap boleh letak nama lagi ~


Untuk Giveaway ni, bukan 1 tshirt tapi 4 tshirt akan diberi kepada 4 orang yang bertuah (sorang satu lah eh heheh). Tak kisah la untuk saiz apa pon. Kalau dah menang cabutan bertuah tu kita boleh request nak buat design apa.
Kalau lah saya yang bertuah tu, saya nak tulis :-
Word : ARIQ LUV MUMMY
Pic : LOVE
Syarat-syarat untuk memasuki dan memenangi giveaway ini adalah (senang aje..):

1. Buat satu entry khas di blog anda untuk Customized Felt Tshirt Giveaway. Nyatakan juga design/perkataan yang anda ingin lihat diatas tshirt anda.
2. Tinggalkan komen anda bersama link entry yang telah anda buat berserta email diruangan komen
contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30tengah hari.

Itu aje... Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik khas nanti.
p.s: kalau korang semua berminat untuk membuat tempahan awal pon boleh. Boleh dipakai dimana saja tak kira untuk bersiar-siar, mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir, Photoshoot, family day dan pelbagai lagi majlis.
Email saja ke tinihani@gmail.com

~~ Pakej Menarik Google Untuk PKS ~~

Saya cuma nak share maklumat nih... pada siapa yang terlepas pandang yer.. Saya terbaca di blog cik farenova mengenai satu pakej yang ditawarkan oleh Google kepada PKS. Petikan di bawah ini dipetik daripada tabloid Harian Metro bertarikh 3 Disember 2009.



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjalin kerjasama strategik dengan gergasi enjin carian global, Google serta dua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan iaitu Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi menawarkan Pakej Ransangan Perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat PKS tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing menggunakan platform pemasaran Google.

Pakej berkenaan dibuka kepada semua PKS tempatan yang mempunyai produk untuk dijual dan permit perniagaan sah dengan yuran pendaftaran RM200.

Bagaimanapun, 100 PKS pertama yang mendaftar dengan pakej berkenaan tidak perlu membayar sebarang yuran.

Selepas mendaftar dengan pakej terbabit, PKS terbabit boleh mendapatkan laman web syarikat yang dibangunkan pelajar MMU dan UTAR serta dihoskan oleh Google, jika mereka masih belum mempunyai laman web sendiri.

Laman web terbabit akan diselenggarakan oleh pelajar dalam bidang multimedia dari kedua-dua IPT terbabit.

Selain itu, PKS juga akan mendapat kredit percuma bernilai RM200 kempen pemasaran dalam talian platform pemasaran Google AdWords untuk tempoh kempen antara dua hingga empat minggu.

Pada masa sama, Google turut menawarkan tutorial secara percuma yang diberikan oleh wakil berlesen syarikat kepada PKS terbabit mengenai cara yang betul untuk memulakan dan menyelenggara kempen pemasaran secara dalam talian.

Pakej berkenaan turut menawarkan seminar percuma yang dikendalikan menerusi kerjasama Google dan SME Corp. Malaysia mengenai cara untuk memulakan laman web, pemasaran dalam talian dan teknologi Google bagi mempromosikan perniagaan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, pakej berkenaan adalah sejajar misi kerajaan untuk mempromosikan perdagangan di peringkat antarabangsa serta meningkatkan aktiviti industri dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, platform pemasaran yang ditawarkan oleh Google adalah satu cara paling berkesan kepada PKS tempatan beralih kepada cara pemasaran lebih berkesan dan merentasi sempadan perdagangan antarabangsa.

"Kementerian dan agensi seperti SME Corp. Malaysia sentiasa menyokong sebarang program yang menggunakan Internet sebagai platform baru untuk PKS tempatan berkembang," katanya pada pelancaran Pakej Rangsangan Perniagaan PKS di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, Dato' Hafsah Hashim; Ketua Dalam Talian google Asia Pasifik, Charif El-Ansari; Naib Presiden MMU, Prof Dr Tou Teck Yong dan Pemangku Presiden UTAR, Prof Dr Ewe Hong Tat.

Sementara itu, El-Ansari berkata, pakej berkenaan memudahkan PKS tempatan untuk menguruskan laman web masing-masing dan menggunakannya sebagai saluran jualan berkesan menerusi bantuan Google AdWords, iaitu platform pengiklanan dalam talian paling berkesan.

"Platform Google AdWords mencecah jutaan pengguna Internet di malaysia dan lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia, justeru pakej ini berada pada landasan yang betul untuk menbantu PKS mencapai sasaran pelanggan lebih luas di peringkat antarabangsa," katanya.

PKS tempatan yang berminat menyertai Pakej Rangsangan Perniagaan PKS boleh mendaftar di laman web www.google.com.my/stimulus.

Berita Harian, 3 Disember 2009


P/S : kepada sesiapa yang memerlukan nya jangan lepaskan peluang keemasan ini k....

~~ SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY ~~


Tengok muka Ariq Danish, memang dah sesuai sangatlah ngan giveaway yang Mama Rifqi anjurkan. Syarat penyertaan korang leh cek kat sini k. Giveaway ni Mama Rifqi buat sempena nak meraikan besday nyer pada 31 dec ni... Happy becoming besday yer from us. Semoga panjang umur murah rezeki dan di berkati... AMIN.
~
Nama dak serius nih : Muhammad Ariq Danish
Tarikh Lahir : 23 November 2007
Umur Sekarang : 2 Tahun 2 minggu










......wish luck to Ariq Danish yer....



~~ AKSI CERIA SI COMEL BERSAMA STERENG ~~



PIN!!!!!! PIN!!!!!! PON!!!!! PON!!!!!!


Mummy Ariq memang suka contest budak² nih.. memacam aksi ada... huhu, kali nih aksi ngan stereng plak... Ariq memang suka naik kete comey nih... kete nih hadiah besday dia masa umur 1 tahun... dapat suprise dari daddy.. mummy pun tak tahu..... dari baru belajar naik sampai skg.. semua nyer masih sempurna... walaupun kadang² Ariq bawak kete ni macam bawak kete drift... So, kalau nak tengok aksi ariq ngan stereng nyer korang layan jer lah gambar mamat kecik nih yer....


Nama Dak Comey ni : Muhammad Ariq Danish

Umur dier : 2 tahun 2 minggu

1.... 2..... 3...... GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!



....ehh... bebaik ariq ambil lap tu...

........ouucchhhh........


....... ehehehehhhheheh.... apsal perut plak naik atas stereng ni......




Tarikh tutup contest : 18 Disember 2009 @ 10pm

Kepada peminat² contest jom join contest ni anjuran http://yusrynadam.blogspot.com. Senang jer, tepek gambar anak korang macam yang adam sedang lakukan di atas.. Untuk syarat penyertaan korang leh cek kat sini k.

HADIAH DISEDIAKAN UTK 3 PEMENANG SAHAJA+3 HADIAH LUCKY DRAW
APA LAGI, CEPAT2 LAH JOIN CONTEST
SELAMAT MENCUBA!!


~~ Nangis Contest By Mummy Ariq ~~


Salam & Selamat Pagi Semua,
Di Pagi yang mulia ni, saya berhajat nak menganjurkan 1 contest.... terbuka kepada kanak² yang berumur 1 hari - 3 tahun sahaja. Jantina tak kisah.... Lelaki pun boleh ... Perempuan pun boleh...


Antara syarat2 contest :

~ Copy banner kat atas ni, letak kat sidebar korang berserta link contest. Tak de link automatik tak layak k...

~ Jadi follower kepada ke-3² blog saya di bawah (WAJIB)
1) http://deazliyanish.blogspot.com/
2) http://dorbrooch.blogspot.com/
3)
http://lolastation.blogspot.com/

~ Add kesemua blog di atas, di dalam bloglist anda (WAJIB)

~ Buat n3 & upload HANYA SEKEPING gambar anak anda (no edit²) yang tengah menangis baik punyer.... Letak nama dan umur (kalau anak ada ramai yang nangis, pilih 1 yang terbaik di kalangan mereka yer... letak bebanyak nanti, payah lak nak pilih..)

~ Cerita lah sikit, kenapa diaorang leh nangis masa tuh...


Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang saya nak menjenguk k)

Tarikh tutup contest : 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari


HADIAH DISEDIAKAN UTK 3 PEMENANG SAHAJA (Apa hadiah nyer akan di update kemudian)


Pemilihan pemenang akan di adili oleh Mr Hubby Wubby a.k.a En Md Azlan Samad



~ SELAMAT MENCUBA ~

Thursday, December 3, 2009

~~ 99HTN yang masih di teruskan ~~



Pagi tadi dalam keadaan terpaksa nyer Mr Hubby menggangkat D3000 dan men "snap" gambar ni..... heheheheh.... best-----best------ membawa berkat rupa nyer..... so ini lah hasil nyer......
~
...::::Adalah penurunan KG walaupun skit:::...

Memula Join (2 nov 09) : 89kg

Lepas sebulan (3 dec 09) : 85.5kg

Jumlah penurunan : 3.5kg only

....Bulan depan plak yer baru update....

***Dan yang penting aku belum kantoi makan nasi lagi setakat hari ni ***

~~ Special Discount Tia Amelia ~~

Hai Korang Sumer... nak wat iklan kat sini jap yer....
~
Sesiapa yang teringin @ memang nak beli Set Pencerahan Tia Amelia ... leh tinggal komen kat sini k.... Ada special Discount....
.
Sekian... Pesanan Dari Tuan Rumah (aku lah tu...) hehehehe...

Wednesday, December 2, 2009

~~ Seindah Butterfly " Giveaway Kategori B ~~






salam semua...
Errmm.... Giveaway lagi...meriah betul dunia blog ni yer... banyak giveaway... murahlah rezeki tuan penganjur dan tuan sponsor nyer yer.. AMIN..... Kali ni giveaway di anjurkan oleh" Seindah Butterfly " sempena besday kak ecah...





~ Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor - DONE -

~ Masukkan kami lam BLOGLIST kowang - DONE -

~ Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni - DONE -

~ Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B - DONE -

~ Upload hanya SEKETUL gambar comey dan cute miut anak kowang xkirelah dlm keadaan ape skali pun tapi 12sx xmau yer Pastu cerite la sket2 pasal ank kowang alang2 tu kan... - DONE -

~ Jangan luper letak name & umur so comey yer - DONE -

~ Anak kowang perlulah berusia diantara 1 HARI - 12 TAHUN (biase org buat 1hari - 4 tahun kan.. tp sy sian kt bebudak cute miut yg dh beso tu..... xpe, masukkan yeh ) - DONE -

~ Kalau ade 10 org anak, bermakne 10 gambar boley di upload tp setiap gambar mesti ade gambar peserta saje.. mok atau pok nye walaupun cute miut xdibenarkan inteprem, ok!! - X DONE.. SBB ANAK MMG SORANG NI JER WAT MASA NIH -

~ Makesure si cute miut tu anak kowang dan anak kucing xkan dilayan - DONE -

~ Kowang jugak merelakan gambar si comey kowang diabadikan dlm blog ini nnt - CONFIRM BOLEH -

Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor (CUDA) dan di entry anda nnt bgtau 3 design baju / ape2 je yg ader lam blog sponsor yg kowang minat. Mane tau powan cuda terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang - JAP G BARU TERJAH -




Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.
Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
Tarikh luput : 06 / 12 / 2009

Giveaway ni telah disponsor oleh

http://tokeybaju.blogspot.com/ Banyak pilihan baju yang terdapat di kedai sponsor yer... meriahhhhhh........
So, untuk memenuhi giveaway ni.. saya amatklah berbesar hati untuk memiliki design baju yang comey ni yer......
i - design botol susu
ii - design ayah
iii - design barney & friends


Gambar Pilihan dari koleksi Si Comey ialah :-


.


.


.


.



~~ cakkkkk ~~
Nama Dak Comey Ni : Muhammad Ariq Danish

Umur : 2 tahun (23 Nov 2007)

Gambar ni aku ambik masa kami kat umah... dah tak der keje... melayan karenah si comey nih jer.. tengoklah betapa comot nyer anak aku nih... pantang nampak bedak.. habis di tonggengkan ker lantai... pas tu sapu plak kat muka..... hehehe Ariq... Ariq.... nanti dah boleh membaca... bacalah sumer citer nih....




....Sayang Anak Mummy....


..::Marilah beramai-ramai memeriahkan giveaway ni... Selamat Mencuba::..

~~ Baby Snowdrop's Giveaway ~~




Geng sumer, jom join giveaway yang di anjurkan oleh baby snowdrop's. Marilah kita ramai² memeriahkan majlis tuan umah yer... sangat senang dan mudah... nak tahu klik sini k...





Kepada yang bertuah, anda boleh dapat free samples ... giveaway dari tuan rumah.. Selamat mencuba...

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

~~ CONTEST COPY PASTE!!! ~~


Hari ni 02 Dec 09, ada contest yang lagi senang.. n lagi mudah.. semua boleh join..... JADI, Jom lah aper tunggu lagi.....

copy jer banner kat bawah nih (CODE DIA KORANG LEH COPY KAT SINI)..... , letak kat side bar korang....pastu bagi tau tuan rumah... senang kan....

DeepBlueLense


Nak jadi pemenang pulak.. ikut tuah badan lah yer... (doa lebih skit)... sebab pemenang akan di pilih secara random jer oleh random.org


Bab hadiah pulak mmg menyeronokkan.... (tapi untuk seorang jer yg paling bertuah)....

* outdoor shooting
* 1 sesi photoshoot selama 1-2 jam
* 100-150 shots (+ 50 edited pics) in CD
* location around Shah Alam & Putrajaya SAHAJA!


(ni pun kena doa lebih sikit.. manalah tahu tuan rumah berubah fikiran... leh bagi 2 @ 3 orang pulak yang menang... heheheh)



PESANAN DARI TUAN RUMAH.... BAGI SESIAPA YG BERMINAT UNTUK DAPATKAN PAKEJ DI ATAS, BOLEHLAH TERUS CONTACT DEEPBLUE LENSE..

ORIGINAL MESSAGE
ps, actually hadiah nie adalah pakej yang kami tawarkan buat masa nie, ianya berharga RM50 aje... so, kalau rasa cam lambat je nak tunggu result contest nie, boleh je hire kami dengan harga di atas... huhu...



Tuesday, December 1, 2009

~~ SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY ~~


Salam semua, 1st sekali den nak ucapkan 3rd Happy Anniversary dan Happy Opening tuk kedai baru nyer.. semoga panjang umur dan success selalu pada Wannur.

.



Dan dengan ini Wannur berbesar hati untuk mengadakan giveaway utk kali ke-2 bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov), serta bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA!!. Jom kita join ramai²... bagi memeriahkan majlis tuan rumah...

.

2 kategori yang disenaraikan.... korang leh pilih lah mana yang korang suker k

.



Kategori A --> sesiapa yang ada blog (bloggers); -of course den ambik yang nih-
1. jadi follower
SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!! - den dah buek -
2. link kan kedua-dua blog ini di blog list anda
- ni pun dah buek -
3. buat entry ttg giveaway ini - yang ni sodang dibuek -
4. tinggalkan comment
di sini beserta link anda - yg ni jap g den buek -


.
Untuk Hadiah pulak :-
2 cabutan hadiah untuk kategori A
&
2 cabutan hadiah untuk kategori B
.

*hadiahnya terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!
.
Apalagi yang anda tunggu!!!!!!! Jom kita join ramai²...

~~ Baby With Car Contest ~~



Rajin plak aku nak join contest hari nih... yang ni pulak gambar anak dengan kereta... bukan kereta mainan k... kereta yang lulus puspakom punyer, keterangan lanjut leh baca kat blog tuan umah ni...
~
Nak citer panjang tak guna... ni dia gambar anak bujang aku dengan kereta daddy dia...
Gambar ni aku tangkap waktu kami ondeway ke Melaka, singgah jap kat Hentian Seremban... Sementera tunggu Daddy dia ke surau... aku biar jer kan dia dok kat tempat driver... sekali merajuk daaaaa..... tu yang dok kat bawah stereng tu... hahahahhahhh
~


ok, ni pesanan penaja yg kena buat yer..

Nama : MUHAMMAD ARIQ DANISH

Umur : 2 TAHUN

Jenis Kereta : HONDA JAZZ

Ahli kelab memana : TAK ADER

Dicalonkan untuk kategori : BABY BOY WITH CAR

Sesiapa yang belum join anda masih ada waktu lagi kerana tarikh tutup nyer tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm

~~ ONE WEEK DIET PROGRAMME ~~

RASANYER CAM NAK TRY ARR PROGRAMME NIH.. DAH ALANG² TAK MAKAN NASI.... BAIK TRY.... START ESOK LAH.. SEBAB PAGI TADI DAH BELASAH ROTI CANAI SEGERA.... INFO NI AKU COPY DARI BLOG http://jangmilah.blogspot.com/. SO PADA KENGKAWAN YANG DAH JOIN 99HTN, & YANG BELUM PERNAH BUAT DIET PROGRAMME NI.. LEH LAH KITA TRY SAMA-SAMA YER....


ONE WEEK DIET PROGRAME

This program is designed for a target weight loss of 5-6kgs per week. It will also improve your attitude and emotions because of its systematic cleansing effects. The effectiveness of this 7 day plan is that the foods eaten burn more calories than they give to the body in caloric value. This plan can be used as often as you like to without any fear of complications. It is designed to flush your system of impurities and give you a feeling of well being. After 7 days you will begin to feel lighter by at least 10 pounds. You will have an abundance of energy and an improved disposition.During the first 7 days you must drink 10 glasses of water each day.

DAY ONE : All fruits except bananas. Your first day will consists of all fruits you want. It is suggested you consume lost of watermelon and cantaloupe.

DAY TWO : All vegetables. You are encouraged to eat until you are stuffed with all the new and cooked vegetables of your choice. There is no limit on the account or type. Avoid oil and coconut while cooking vegetables. Have large boiled potato for breakfast.

DAY THREE : Any mixture of fruits and vegetables of your choice. Any amount, any quantity. No bananas yet and No potatoes today.

DAY FOUR : Bananas and milk. Today you will eat as many as 8 bananas and drink 3 glasses of milk. You can also have I bowl of vegetables soup.

DAY FIVE : Today is a feast day. You will eat 1 cup of rice.** You also have to eat 6 whole tomatoes and drink 12 glasses of water today to cleanse your system of the excess uric acid you will be producing.** yang nie kita gantikan dengan roti/bihun (selain nasi ler)


DAY SIX : Today is another all vegetables day. You must eat 1 cup of rice today and eat all the vegetables you want cooked and uncooked to your heart’s content.

DAY SEVEN : Today your food intake will consist of 1 cup rice, fruit juice and the vegetables you care to consume.

Tomorrow morning you will be 5 to 8 kgs. lighter than 1 week ago. If you desire further weight loss, repeat the program again. Repeat the program as often as you like, however, it is suggested that you rest for 3 days before every repetition.You have your system under control now and it will thank you for all the purging and cleansing you just gave it. Even more than a diet program it is good to follow this diet once in a while to clean yourdigestive system and remove toxic substances that have a accumulated in the system

Contest Si Manja Berkaca Mata



Salam Semua... tengok jer contest nih rasa cam nak join plak... semalam baru jer upload gambar Ariq Danish pakai KACA MATA... sesuai sangat lah tu kannn...????


Kalau korang ada anak yang berumur 1 - 4 tahun leh join contest yang di anjurkan oleh UMMU MISHkAH ... yang penting baby tu kena pakai KACA MATA k... kalau tak , tak leh join... syarat² penyertaan dia senang jer....



Ikuti langkah berikut dan anda berpeluang memenangi hadiah yang pastinya digemari oleh kaum ibu!!

  • Buat satu entry pasal contest ni dengan title Contest Si Manja Berkaca Mata dan jangan lupa linkkan entry ini dalam post anda. - DONE -

  • Upload gambar si manja anda yang berusia 1 hari hingga 4 tahun dengan aksi berkaca mata. Hanya sekeping gambar untuk seorang peserta diterima kay... jadi silalah pilih gambar anak anda yang anda rasakan terbaik. - DONE -


  • Nyatakan nama dan umur si manja anda. - DONE -

  • Jangan lupa letakkan banner contest ini di entry dan side bar blog anda. - DONE -


  • Tinggalkan komen anda di sini dengan link entry blog anda. - DONE -


  • Contest ini akan dinilai oleh Mr Hubby aka Abu Mishkah.

Keputusan adalah muktamad dan akan diumumkan pada 20 Disember 2009.




Apa lagi!! Dapatkan gambar terbaik anak anda sekarang dan sertailah contest ini. Contest ini akan ditutup dengan rasminya pada 10 Disember jam 11.59 malam



So gambar Ariq Danish yang terpilih adalah :-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Nama : Muhammad Ariq Danish

Umur : 2 Tahun

Monday, November 30, 2009

~~ Baru belajar edit gambar ~~



Hari ni aku belajar sikit² edit gambar guna picnik... ini adalah hasil nyer... gambar yang kat atas tu gambar Ariq, Ecah n Iman... gambar ni aku ambik masa kami pergi hari kanak² yang diadakan kat Pusat Aktiviti Kanak² Taman Putra Perdana....





Gambar ni pulak gambar Ariq aku ambik masa ondeway nak g umah SIL kat Ampang... anak aku ni memang payah skit nak suh pandang camera.... menyampah agaknyer... mak dier jer yg tak faham².... hehehhehehhhh :)



So, cam ner....??? berjaya ker aku meng"edit" gambar² nih... hehehe... hentam jer lah.... janji aku suka..... i likeeeeeeeeeeeeeee......

~~ Trial picture used D3000 ~~







~~ Hehehehehhee ~~

Salam semua, sebelum terlambat aku nak ucap kan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang menyambutnya....
.
Senang betul hati ni lepas semua masalah selesai...... hehehe.....
.
Tengok.... everything DONE... tenkiu to Kak Chah and sumer kengkawan sebab sudi tolong selesaikan masalah saya.... hehehe... Kak Chah, jgn lupa malam esok kita menari sakan yer.... sorry hari rabu (25.11.09) tak dtg kelas... tetiba Lan ajak balik kg.... sebab esok nyer ada appointment kat Melaka... rugi betul rasanyer....

Wednesday, November 25, 2009

KENAPA !!!!!!!!!??????????????????????????????


KENAPA. ???????????????????????????

:( , KENAPALAH DENGAN POST AKU NI,, TIAP KALI NAK N3 MEST ADA PROBLEM.. BENGANG BETUL LAH..... AKU KENA MINTA TOLONG PADA PAKAR-PAKAR BLOGGER SEKALIAN..... MASALAH AKU NIH LEBIH BERAT DARI MASALAH NEGARA KOT......

~ SETIAL KALI BUAT N3 MESTI ADA MASALAH DENGAN SPACING. TAIP BAIK PUNYER.. SEKALI POST DAH JADI DLM BENTUK KARANGAN.... CAM HAMPEH JER..... KEPADA YANG HANDAL @ TAU APE PUNCA MASALAH SEBENAR NYA... TOLONG LAH AKU.......... KAT MANA KESILAPAN AKU PUN AKU TAK TAHU........~

Monday, November 23, 2009

~ Hari Lahir Ariq Danish ~




"Selamat hari lahir... selamat hari lahir... selamat hari lahir Ariq Danish..... Selamat Hari Lahir........"


~


Hari ni 23 November 2009, genaplah umur anak bujang teruna aku 2 tahun.... tapi aku cam biasa lah... tak der buat besday party... macam tahun lepas pun kakak² ipar aku yang beriya nak sambut... aku biasalah... wat dunno jer... paling habis pun beli kek sebiji + hadiah tuk ariq.. tu jerk...



~



Tapi tahun ni rasa nak wat buddy bag tuk member² ariq kat taska.... apa isi nyer aku lom pikir lagi... (mak aper lah aku nih... dah sampai hari lahir pun masih lom pikir lagi).... Tapi hadiah apa yang aku nak bagi kat Besday boy aku nih, aku dah decide lama dah.. aku nak bagi dia mini notebook tuk bebudak tu... harap² dia suka lah.... Daddy dia ntah lah.. tahun lepas daddy wat suprise.... bawak balik mini car .. tahun ni senyap jerk......



~



P/S TUK ARIQ : MUMMY N DADDY NAK WISH HAPPY BIRTHDAY TUK ANAK YANG TERSAYANG, KAMI SENTIASA MENDOAKAN ARIQ SENTIASA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.. SEMOGA TUHAN MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA.... AMIN.....

~ Hari ke-23 dalam 99HTN ~

Walau apa pun yang melanda, hujan, panas, sedih, nangis, ketawa...... aku masih lagi belum menjamah nasi ...... huhuhu... cam tak percaya...... tapi dah jadi... hihihi... buat masa ni, ni lah tempoh paling lama skali aku tak makan nasi....

~


pasal menu aku.... cam biasa jer...
~

~ bihun sup
~

~ bihun tom yam
~

~ nuget ayam
~

~ sayur kobis
~

~ maggi
~

~ roti canai
~

~ spagheti

~


Ha tu jer lah... pusing² menu sama jugak.... hehehe....

~



Tapi yang paling best, ikut kelas aerobik.... selasa dan jumaat (8.30pm - 10.00pm) mmg hebat... walaupun aku menari tak sehebat maner... tapi peluh yang keluar tu... memang hebat..

Saturday, November 21, 2009

~ Semalam yang muram ~


Sedih jer aku, akibat asyik berblogging n facebook, aku kena marah tak ingat jer dengan laki aku.. sekali lagi airmata aku jatuh macam air hujan... dah aku dok sorang-sorang kat opis,, apa yang aku nak buat....


Tapi lately ni aku mmg tak der mood langsung nak wat keje-keje kat opis tu... rasa cam terpaksa jer.... tapi kalau dok rumah lagi boring... ntahlah...................................................................................

Friday, November 20, 2009

~ 333 Nombor Bertuah Hari Ini ~

kualiti gambar yg mcm hampeh

Tadi g ronda-ronda wat blog walking, pastu jumpa blog Fairy Lilly Pink Putih ... alhamdulillah aku jadi pengunjung yang ke - 333. lebih kurang pengunjung bertuahlah....Cik Fairy nih nak bg hadiah Beg... dari Australia tau.... heheheh , murahkanlah rezeki Cik Fairy... AMINNNNN

~ ANAKKU CERIA GIVE AWAY CONTEST ~

sticky mode entry
Closing Date : 22 Nov 2009
Ini ada 1 lagu contest anjuran http://mystory-noriza.blogspot.com .Segala syarat² penyertaan ada bolehlah ke link ini ok...
.
Untuk contest ni aku letak gambar anak sedara aku.. Nama nya Nur Izzati Syazwani, nama samaran dia Zati... ada jugak yang panggil wani...... gambar ni aku ambil masa balik kg hubby bulan lepas (masa ni umur dia 4 bulan)... so skg umur dia dah 5 bulan... memandang aku tak tau nak balik kg lagi bila, so aku pilih the best of pic from my own collection tuk join contest nih....
.
Minah kecik nih mmg pemurah dengan senyuman.. pantang di tegur.. pasti tergelak.....
.
So, bagi korang yang belum join contest nih, jom ramai² kita memeriah kan nya...
.



~ bAbYwiTH TraNSpoRt CoNTesT ~

Font size
http://ijanmemory.blogspot.com/

Closing Date : 12 tghari 15 Dis 09













Hah.. ada 1 lagu contest yang aku nak join... yang ni tuk baby yang suka/ada/pernah ambil gambar atas transport diaorg ... Untuk term & condition nyer korang leh check out kat link ni...

Tuan rumah tuk contest ni ialah UMMINABILAH



.



Nama Anak : Muhammad Ariq Danish
Tarikh Lahir : 23 nov 2007
Lokasi Pengambaran : Umah Nenek (Kat Tangkak)


.

.




Kalau korang sumer ingat dulu aku pernah n3 pasal Suprise dari nenek tuk Ariq... Jadi tuk Contest ni, korang kena layan lagi sekali citer ni... tapi versi Contest k...



.
hah... kan aku dah kata ada suprise tuk ariq kan... korang nak tau aper...?? nak tau..??? hehehe... besttttttttt.... ariq dapat......






.



.



.



.



.



.



.



.



.





.



.



.



.



.



.



.



.



.




.



.




yeayyyyyyyyy.... ariq dapat basikal baru....... Tenkiu nenek..... walaupun hari jadi ariq bulan depan (23 Nov 09)... nenek siap bagi advance lagi..... awal sebulan lak tu..... apa² pun berbanyak-banyak terima kasih dari kami sekeluarga tuk nenek yang tercinta.....
.
.
.





Jom kita layan basikal baru ariq & gaya ala² model dari anak teruna aku ni yer.... LAYANNNNNNNNNN...
.




.



~ amacam... ada gaya cam model tak... ~
.

~ baru nak masuk 2 tahun ok... ~







~ Eleh... suka ar tu nenek bagi basikal ~









~ Nah... pose mengancam dari anak teruna aku nih... ~

Nganga lah lebar².. masuk lalat baru tahu... hehehehe











p/s tuk Ariq : Jaga basikal ni elok² k... sayang macam kita sayang nyawa kita sendiri...

"CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish"


Walaupun sedih aku tak sembuh lagi... tapi aku still nak masuk contest "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" nih....


.


Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 31hb Disember 2009


.

Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..



.
Bila dah siap, tinggalkan
URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...


.

Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES


.

Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....


.

Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:
1) Nama Anak Anda beserta Umur & Tarikh Lahirnya

kata² ni aku copy jer dari MAMA_AQISH k

.
SO........ Gambar yang aku pertaruhkan tuk contest ni ialah :

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;
~ anak bujang kesayangan Mummy ~

Nama : Muhammad Ariq Danish

Tarikh Lahir : 23 November 2007

~ oK, bAgi KoRanG YaNg NaK JoiN ConteSt Ni aMatlaH Di aLu-aLuKan ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: