Thursday, December 31, 2009

Pasang Plasma/LCD TV kat rumah


Bracket yang kami gunakan tuk pasang Plasma ni


Ni contoh yang dah siap di pasang....


banyak lagi gambar yg aku dah upload...korang semua kalau rajin g lah blog company ni yer...






korang leh ar tengok apa aktiviti harian kami... n kalau kat rumah korang ada plasma/lcd

tv yang korang teringin nak pasang cam kat atas ni leh ar bg tau aku... kami supply sekali bracket dia... kengkawan blog nyer pasal kami bagi harga baik punyer.... tapi yg dekat area Lembah Klang jer lah...

~Hadiah untuk Pemenang Contest Saya~

Tahniah pada sesiapa yg dah join Nangis Contest by Mummy Ariq.... pada yang belum join amatlah dialu-alukan penyertaan dari anda semua.. sebab tarikh tutup pada 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari.



.




Rasa² nya semua penyertaan yang di terima adalah dikalangan kaum ibu, kakak dan adik² perempuan... so saya berbesar hati untuk memilih hadiah UTAMA untuk Pemenang yang bertuah... dan hadiah nya adalah untuk ibunya... bukan untuk anak yer....




.




Untuk menghargai pemenang bertuah tersebut saya akan menghadiahkan 1 kotak minyak wangi One Drop Perfume.... worth RM45.00... Women Celebrity.... harap bakal pemenang akan suka dengan hadiah yang tak seberapa dari saya ini.....



.

Hadiah untuk tempat ke2 dan ke3 akan di update kemudian yer.....


Monday, December 21, 2009

~ aku dan kantoi ~

Salam Semua,
Aku dan Kantoi !!!!! hehehehe.... dengan sengaja nyer aku dah beberapa kali mengantoikan diri aku dengan sengaja..... KANTOI dengan ape?????????? huhuhu.. dengan makanan lah.....
.
1) aku dengan sengaja nyer makan nasi + sambal sotong (1st time kantoi 99HTN nih)
2) esok nyer plak... ada perlawanan bola jaring... pas tu cikgu belanja nasi lemak... kantoi lagi
3) makan nasi putih + telur goreng... sambil suap anak.. suap mak skali... mak yg lebih....
4) makan nasi lemak + ayam goreng....
.
semua kejadian di atas berlaku pada hari sabtu & ahad pada minggu lepas dan minggu sebelumnyer.... (12&13hb dan 19&20hb Disember 09).....
pada kengkawan yg belum kantoi lagi... harap teruskan yer.....

Wednesday, December 16, 2009

~ Mummy Ariq Danish ~: ~ My Own Company ~

~ Mummy Ariq Danish ~: ~ My Own Company ~

~ My Own Company ~


Salam to korang semua... sorry tak sempat nak update blog ni, coz semalam saya kena siapkan blog company.



korang leh klik kat sini yer... tolong tinggalkan komen korang tentang website tu ..


Komen anda amat di alu-alukan..Terima Kasih.

Wednesday, December 9, 2009

~ 3 days detox menu ~

Salam Semua... disamping menjalani rutin harian tanpa makan nasi, sorang lagi kawan blogger kita cik flo telah berjaya menurunkan berat badan dengan banyaknyer dlm masa seminggu... Nak tau apa rahsia nyer... klik jer kat link nih... n korang sumer berpeluang untuk menurunkan berat badan dengan men' join kan diri anda dengan 3 days detox plan, sebab tarikh tutup penyertaan adalah 12 dec 09 (hari sabtu ni).... segala syarat² juga korang leh check kat blog tuan umah yer...
~
~
Tak payah pening² fikir nak makan aper... menu juga dah disediakan untuk rujukan kita..., jadi menu kat bawah ni pun aku copy jer dari cik flo punya blog.
~
Day 1

Get up from bed : Drink water + lemon or Fresh Fruit Juice (only fresh no added sugars)
7.00am : 2 glass of water
8.00: Fresh fruit salad / Light Wholegrain cereal
9.30am: 2 glass of water
10.00am-12pm: Fruits
2.30pm : 2 glass of water
3.00pm: Fruits
5.30pm: Workout for 30 minutes (Brisk walk)
7.00Pm: Fruits salad
10.00pm: Fruits
2 glass water before sleep


Day 2

Get up from bed: Drink water + lemon or Fresh Juice (only fresh no added sugars)
7.00am: 2 glass of water
8.00am: Fresh fruit + veggies salad
9.30am: 2 glass of water
10.00am: Fruits
12.00pm: Veggies and fresh fish grilled or steam
2.30pm: 2 glass of water
3.00pm: Fruits
5.30pm : Workout for 30 minutes ( brisk walk)
7.00pm : Veggies and steamed fish
10.00pm: Fruits
2 glass of water before sleep

Day 3

Get up from bed: Drink water + lemon or Fresh juice (only fresh and no added sugar)
7.00am: 2 glass of water
8.00am: Fresh fruits salad
9.30am: 2 glass of water
10.00am : Fruits
12.00am: Fresh fruits salad
2.30pm : 2 glass of water
3.00pm: Fruits
5.30pm : Workout for 30 minutes (Brisk walk)
7.00pm: Veggies and fish (Steamed or grilled)
9.30pm: 2 glass of water
10.00pm: Fruits
2 glass of water before sleep


Note: NO JUNK FOOD, NO COFFEE OR TEA, NO STIR FRY AND NO CAN FOODS during this entire process. Please makesure u have enough sleep as well.


~Good Luck~

~ Sibuk ~

Huhuhuhu...sorry to all, lately mmg bz giler... banyak sangat brg yang nak di order, di hantar, nak wat factoring.. memacam lah...... semua keje nak settle by this month... hopefully payment pun by this month... baru lah best....
Murah rezeki kami di hujung² tahun nih... alhamdulillah.... dapatlah settle kan hutang² yang ada.... AMIN....
Bagi yang lom join lagi "Nangis Contest By Mummy Ariq" sila-sila lah join....
Nanti kalau free aku update lagi.... nak wat factoring form jap.. byeeee

Friday, December 4, 2009

~~ Customized Felt Tshirt Giveaway ~~


Tak lama lagi TINIHANI nak lancarkan produk terbaru nyer iaitu Customized Felt Tshirt. Berwarna-warni, kita boleh pilih design untuk dihasilkan kat atas tshirt tu. Sebelum pembukaan secara rasmi, TINIHANI nak buat giveaway sebagai cara promosi awal.


~ Ini adalah contoh design yang ada ~



~siap boleh letak nama lagi ~


Untuk Giveaway ni, bukan 1 tshirt tapi 4 tshirt akan diberi kepada 4 orang yang bertuah (sorang satu lah eh heheh). Tak kisah la untuk saiz apa pon. Kalau dah menang cabutan bertuah tu kita boleh request nak buat design apa.
Kalau lah saya yang bertuah tu, saya nak tulis :-
Word : ARIQ LUV MUMMY
Pic : LOVE
Syarat-syarat untuk memasuki dan memenangi giveaway ini adalah (senang aje..):

1. Buat satu entry khas di blog anda untuk Customized Felt Tshirt Giveaway. Nyatakan juga design/perkataan yang anda ingin lihat diatas tshirt anda.
2. Tinggalkan komen anda bersama link entry yang telah anda buat berserta email diruangan komen
contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30tengah hari.

Itu aje... Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik khas nanti.
p.s: kalau korang semua berminat untuk membuat tempahan awal pon boleh. Boleh dipakai dimana saja tak kira untuk bersiar-siar, mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir, Photoshoot, family day dan pelbagai lagi majlis.
Email saja ke tinihani@gmail.com

~~ Pakej Menarik Google Untuk PKS ~~

Saya cuma nak share maklumat nih... pada siapa yang terlepas pandang yer.. Saya terbaca di blog cik farenova mengenai satu pakej yang ditawarkan oleh Google kepada PKS. Petikan di bawah ini dipetik daripada tabloid Harian Metro bertarikh 3 Disember 2009.



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjalin kerjasama strategik dengan gergasi enjin carian global, Google serta dua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan iaitu Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi menawarkan Pakej Ransangan Perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat PKS tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing menggunakan platform pemasaran Google.

Pakej berkenaan dibuka kepada semua PKS tempatan yang mempunyai produk untuk dijual dan permit perniagaan sah dengan yuran pendaftaran RM200.

Bagaimanapun, 100 PKS pertama yang mendaftar dengan pakej berkenaan tidak perlu membayar sebarang yuran.

Selepas mendaftar dengan pakej terbabit, PKS terbabit boleh mendapatkan laman web syarikat yang dibangunkan pelajar MMU dan UTAR serta dihoskan oleh Google, jika mereka masih belum mempunyai laman web sendiri.

Laman web terbabit akan diselenggarakan oleh pelajar dalam bidang multimedia dari kedua-dua IPT terbabit.

Selain itu, PKS juga akan mendapat kredit percuma bernilai RM200 kempen pemasaran dalam talian platform pemasaran Google AdWords untuk tempoh kempen antara dua hingga empat minggu.

Pada masa sama, Google turut menawarkan tutorial secara percuma yang diberikan oleh wakil berlesen syarikat kepada PKS terbabit mengenai cara yang betul untuk memulakan dan menyelenggara kempen pemasaran secara dalam talian.

Pakej berkenaan turut menawarkan seminar percuma yang dikendalikan menerusi kerjasama Google dan SME Corp. Malaysia mengenai cara untuk memulakan laman web, pemasaran dalam talian dan teknologi Google bagi mempromosikan perniagaan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, pakej berkenaan adalah sejajar misi kerajaan untuk mempromosikan perdagangan di peringkat antarabangsa serta meningkatkan aktiviti industri dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, platform pemasaran yang ditawarkan oleh Google adalah satu cara paling berkesan kepada PKS tempatan beralih kepada cara pemasaran lebih berkesan dan merentasi sempadan perdagangan antarabangsa.

"Kementerian dan agensi seperti SME Corp. Malaysia sentiasa menyokong sebarang program yang menggunakan Internet sebagai platform baru untuk PKS tempatan berkembang," katanya pada pelancaran Pakej Rangsangan Perniagaan PKS di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, Dato' Hafsah Hashim; Ketua Dalam Talian google Asia Pasifik, Charif El-Ansari; Naib Presiden MMU, Prof Dr Tou Teck Yong dan Pemangku Presiden UTAR, Prof Dr Ewe Hong Tat.

Sementara itu, El-Ansari berkata, pakej berkenaan memudahkan PKS tempatan untuk menguruskan laman web masing-masing dan menggunakannya sebagai saluran jualan berkesan menerusi bantuan Google AdWords, iaitu platform pengiklanan dalam talian paling berkesan.

"Platform Google AdWords mencecah jutaan pengguna Internet di malaysia dan lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia, justeru pakej ini berada pada landasan yang betul untuk menbantu PKS mencapai sasaran pelanggan lebih luas di peringkat antarabangsa," katanya.

PKS tempatan yang berminat menyertai Pakej Rangsangan Perniagaan PKS boleh mendaftar di laman web www.google.com.my/stimulus.

Berita Harian, 3 Disember 2009


P/S : kepada sesiapa yang memerlukan nya jangan lepaskan peluang keemasan ini k....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Weight:


Height:



Your BMI is: